IKRAM Prihatin dengan Kesejahteraan Kesihatan Mental Ahli

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius kesejahteraan mental dan rohani ahlinya melalui pelaksanaan Projek Intervensi Kaunseling Kesihatan Mental Ahli IKRAM yang telah dimulakan sejak 2023. 

Kajian bertajuk Laporan Kajian 03 itu melibatkan seramai 1,735 responden daripada pelbagai peringkat dalam organisasi, termasuk pimpinan di peringkat pusat, negeri, kawasan serta ahli IKRAM Muda.

Menerusi satu majlis apresiasi dan penyerahan laporan rasmi yang berlangsung semalam, pelbagai dapatan signifikan dibentangkan untuk rujukan masa depan dan perancangan lebih lestari dengan menitik beratkan pembangunan ahli secara holistik.

Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dalam ucapannya menegaskan pentingnya kebajikan psikospiritual dalam kalangan aktivis dan pimpinan IKRAM di semua peringkat.

“Projek ini adalah cerminan prihatin kita terhadap kesejahteraan mental, emosi dan spiritual para aktivis dan pemimpin IKRAM. Mereka adalah nadi utama gerak kerja dakwah dan kebajikan kita,” ujar beliau.

Beliau turut menyifatkan dapatan kajian ini sebagai “isyarat penting” tentang realiti kehidupan ahli-ahli IKRAM dan keperluan untuk membina sistem sokongan yang lebih holistik dan mampan. 

Tambah beliau, kesejahteraan seorang dai tidak hanya bergantung kepada dirinya semata, tetapi turut bergantung kepada ketenangan dan sokongan daripada keluarga yang mendampingi.

“Harapan saya agar hasil kajian ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan usaha pembangunan kapasiti dan sokongan psikospiritual, bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada keluarga ahli IKRAM,” katanya lagi.

Laporan eksekutif kajian telah dibentangkan oleh Dr. Kamaliah Noordin daripada Pertubuhan Kesejahteraan Psikoterapi Malaysia (PKPM).

Menurut Dr. Kamaliah, kajian ini menilai tahap kesejahteraan psikospiritual ahli IKRAM dengan memberi fokus kepada tiga indikator utama kesihatan mental: kemurungan, kebimbangan dan stres. 

Data yang diperoleh memberikan gambaran jelas tentang keperluan intervensi psikospiritual secara lebih terancang dan bersasar.

“Aspek psikospiritual ternyata memainkan peranan signifikan dalam kesihatan mental ahli. Justeru, kita perlu menyediakan intervensi yang bukan sahaja bersifat pemulihan, tetapi juga pencegahan dan pengukuhan dalaman,” ujar beliau dalam pembentangan tersebut.

Sementara itu, Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapannya menyifatkan inisiatif ini sebagai satu usaha murni yang amat beliau titik beratkan. Beliau mengakui bahawa beban dan tekanan yang ditanggung ahli di lapangan memerlukan perhatian yang serius.

“Sebagai organisasi dakwah, tarbiah, khidmat dan islah, IKRAM komited memastikan ahlinya bukan sahaja cemerlang dalam berkhidmat, tetapi juga sejahtera dari segi mental dan rohani,” tegas beliau.

IKRAM juga memandang serius usaha memelihara daya tahan psikologi (resilience) dalam kalangan aktivis dan keluarga mereka bagi memastikan gerak kerja islah dapat terus dilaksanakan dalam suasana kasih sayang, aman dan produktif.

Majlis turut menyaksikan penyerahan rasmi laporan kajian kepada pimpinan tertinggi IKRAM sebagai simbol komitmen terhadap pelaksanaan cadangan-cadangan penambahbaikan yang digariskan.

Dengan berakhirnya projek intervensi ini, IKRAM dijangka akan meneruskan beberapa lagi program susulan dalam bentuk modul pembangunan kapasiti ahli, sesi bimbingan berterusan serta pengukuhan sistem sokongan dalaman dan komuniti.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia