IKRAM perhebat kempen Palestin

SERI KEMBANGAN – Walaupun PKP 3.0 sedang dilaksanakan, ia tidak menghalang penganjuran pelbagai aktiviti kempen Palestin diperhebatkan lagi di seluruh negara.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sedang menganjurkan kempen ‘Palestin Di Hati & Hentikan Keganasan Israel’ yang digerakkan di pelbagai peringkat bermula 23 Mei hingga 6 Jun 2021, dan ia boleh disambung mengikut keadaan.

 

Menurut Pejabat Setiausaha Agung IKRAM, konflik yang tercetus di Masjid al-Aqsa dan Gaza pada bulan Ramadan 2021 membuka episod kesengsaraan rakyat Palestin dengan keganasan rejim aparteid Zionis Israel.

 

“Bangunan dan rumah menjadi sasaran kehancuran. Setiap hari, rakyat biasa, keluarga, wanita dan kanak-kanak tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Setiap detik adalah kritikal dalam suasana perang di sana.”

 

Tambahnya, objektif utama kempen ini adalah menyuburkan lagi kesedaran dan pendidikan massa tentang isu ini serta merancakkan lagi kutipan sumbangan bagi membantu Palestin melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

 

Antara aktiviti kempen yang digerakkan ialah ceramah, webinar, usrah gabungan, daurah, penghasilan kolaj, video bertemakan Palestin dan banyak lagi untuk disebarkan melalui media sosial dengan tanda pagar #PalestinDiHati, #MyHeartAtPalestine dan #PalestinDiserang.

 

Justeru itu, IKRAM menyeru semua pimpinan dan ahlinya, baik di peringkat negeri dan kawasan serta institusi dan agensi khususnya, dan masyarakat umumnya, untuk menjayakan usaha ini demi membela Palestin.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia