IKRAM Pahang buka pusat bantuan banjir

Difahamkan bahawa sebahagian dari penduduk dari Permatang Badak, Taman Guru, Sungai Isap, Chenderawasih, Taman Sepakat, Taman Indrapura telah datang mendapatkan barangan di sini setakat ini.

Antara barang bantuan tersebut ialah pakaian terpakai, lampin pakai buang, susu tepung, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, tuala wanita, beras, minyak masak, air mineral, teh, sabun basuh baju, berus lantai, penyapu, selimut, tuala, sejadah, kain telekung, hos paip, pengelap lantai dan penarik air (water squeezer).

Walau bagaimanapun, barang bantuan dan keperluan masih lagi diperlukan kerana masih ramai penduduk yang terjejas dan memerlukan barang keperluan tersebut.

Barang bantuan tersebut boleh dihantar di alamat Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia Pahang, B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8, Indera Mahkota, Kuantan.

Sukarelawan bantuan masih lagi diperlukan. Mereka yang berminat membantu, boleh menghubungi Pak Ngah Suhaimi di talian 019-7550796.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia