IKRAM Padang Rengas, Batu Gajah ditubuhkan

Sebelumnya, kedua-dua kawasan ini telah diluluskan permohonan penubuhannya oleh Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM dalam mesyuaratnya yang ke-69 pada 26 Mei 2017.

Setelah melalui proses permohonan di ROS dan mengadakan Mesyuarat Penubuhan Kawasan, IKRAM Padang Rengas dan IKRAM Batu Gajah akhirnya masing-masing diluluskan penubuhannya.

Dalam Mesyuarat Penubuhan Kawasan, ahli-ahli IKRAM Padang Rengas dengan rasminya telah melantik Haji Khairudin [email protected] sebagai Yang Dipertua manakala Puan Hajjah Mahani Yusoff telah dilantik sebagai Ketua Wanita.

  

AJK IKRAM Batu Gajah dan Mesyuarat Penubuhan IKRAM Padang Rengas

Sementara itu, Haji Abdul Jalil Abdullah dan Hajjah Marlini Mohd Daud pula telah secara rasminya dilantik menjadi Yang Dipertua IKRAM Batu Gajah dan Ketua Wanita oleh ahli-ahli kawasan tersebut.

Penubuhan dua kawasan ini menjadikan bilangan IKRAM Kawasan meningkat sebanyak 10 di Perak dan 81 Kawasan secara keseluruhannya di seluruh negara.

Lapan IKRAM Kawasan lain di Perak ialah Ipoh, Perak Tengah, Taiping, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Batang Padang, Teluk Intan dan Manjung. Tahniah kepada IKRAM Perak kerana telah berjaya menubuhkan dua kawasan baru ini.

Semoga dengan tertubuhnya IKRAM Padang Rengas dan IKRAM Batu Gajah ini, lebih ramai masyarakat setempat dapat mengikuti aktiviti-aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan yang dianjurkan, insya-Allah.

Kredit foto: The Star

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia