Bicara IKRAM Miri – Menghayati Rejab Melalui Al-Quran
“Kita sebagai seorang muslim haruslah membina diri kita supaya mempunyai jati diri muslim yang sempurna melalui 10 sifat-sifat peribadi muslim yang unggul.”
Itulah antara intipati penting yang digariskan Ustaz Haji Mohd Salleh bin Hamdin, Pengetua PERYATIM dalam Bicara IKRAM yang bertajuk ‘Menghayati Rejab Melalui al-Quran’ anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Miri pada 19 April 2015 yang lalu.
“Sepuluh sifat peribadi muslim yang unggul yang perlu ada pada setiap muslim termasuklah akidah yang sejahtera, ibadah yang
MPN 2015: IKRAM Memburu Misi

Ahad, 19 April – Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM Wilayah Persekutuan sedang berlangsung di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan, Keramat Permai melibatkan perwakilan dari semua daerah, wanita dan ahli jawatankuasa negeri.
Berita IKRAM Terbitan 18 April
MPWN melabuh tirai, wanita muda diseru mengembangkan potensi
Majlis Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) IKRAM Sarawak telah melabuhkan tirainya pada 11 April 2015 yang lalu.
MPWN kali ini diadakan di Bilik Pascasiswazah, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak. MPWN dirasmikan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak, Ustaz Dr. Azhar bin Ahmad.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru wanita IKRAM Sarawak agar mengeluarkan segala potensi dan peluang yang ada untuk bergerak lebih cepat dalam melunaskan segala tanggungjawab-tanggungjawab terhadap masyarakat.
Wanita IKRAM Melonjak Ke Hadapan

Tanggal 12 April 2015 telah berlansung MPWN (Majlis Perwakilan Wanita Negeri) dengan kehadiran seramai 58 orang perwakilan. MPWN telah dirasmikan oleh Ustazah Nabiroh Kassim, AJK Wanita Pusat. Semoga Wanita IKRAM WP terus melonjak kehadapan.