IKRAM, MyLeague bekerjasama tangani ekstremisme

“Kunci untuk mengatasi ekstremisme adalah dengan menyediakan belia dengan ilmu dan maklumat yang jelas daripada sumber yang betul,” kata Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Naib Presiden IKRAM dalam sidang media persidangan di Everly Hotel hari ini. 

Menurutnya, persidangan dua hari yang bermula hari ini bukan sahaja dibahaskan merangkumi setiap sudut ekstremisme tetapi juga menjadi satu platform untuk perbincangan terbuka bersama-sama para penceramah antarabangsa yang dijemput khas.

Antara penceramah tersebut ialah Dr Salman al-Oudah, ulama terkenal Arab Saudi, Ustaz Muhammad Anis Matta, bekas Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, Dr Imad al-Hout, ahli politik dan sosial Lubnan dan Abdullah bin Mansour, pengasas dan Presiden FIOE (Federation of Islamic Organization in Europe) termasuk dari Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik, pensyarah kanan UIAM.

Dengan kehadiran dengan lebih 100 peserta dari 20 negara, persidangan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hj Burhanuddin Lukman, Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ulama.

    

Ucapan perasmian, sidang media dan suasana persidangan

Jelas Shahrul Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Remaja (JKBR), IKRAM dan MyLeague bersama-sama seluruh organisasi belia yang menyertai persidangan ini berharap supaya setiap daripada kita memainkan peranan mendidik golongan muda dan memerangi gejala ekstremisme dan salah faham terhadap Islam.

“Inilah satu-satunya cara untuk memastikan keamanan masa depan di seluruh dunia,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dalam konteks Malaysia, IKRAM memainkan peranan penting bersama-sama NGO-NGO lain membantu kerajaan menangani ektremisme dan terorisme dengan mendidik golongan belia dengan ajaran Islam yang rahmatan lil ‘alamin, supaya mereka terpandu dan tidak terpengaruh dengan gejala tersebut.

Selain Shahrul Aman dan Abdullah bin Mansour, turut hadir dalam sidang media Wajdi Ali (MyLeague), Khallad Swaid (IIFSO – International Islamic Federation Of Student Organizations) dan Eyup Beyhan mewakili Youth Memur-Sen dari Turki.

Sebagai penganjur bersama, MyLeague merupakan sebuah pertubuhan belia Muslim antarabangsa yang berpusat di Belanda dengan objektif untuk menganjurkan program dan aktiviti sosial, pendidikan dan intelektual untuk para pelajar dan anak muda seperti seminar, kursus dan bengkel. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia