IKRAM MUSLEH tarik minat Yayasan Adzkia Sumatera Barat

Seramai 19 orang delegasi yayasan pendidikan di Sumatera Barat yang mempunyai beberapa buah sekolah rangkaiannya ini telah melawat Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) semalam di sini.

Menurut Ketua Yayasan Adzkia Sumatera Barat, Drs. H. Muhardanus Dt. Sampono Kayo, kedatangan mereka adalah untuk bertukar pandangan tentang pendidikan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia seterusnya bekerjasama pada masa akan datang.

Selain itu, ia bertujuan berdiskusi tentang peningkatan kualiti keislaman anak-anak bangsa terutamanya melalui pendidikan.

“IKRAM MUSLEH merupakan pertubuhan yang cukup bagus untuk kami lawati kerana telah mempunyai cawangan yang sangat besar serta mampu mempengaruhi pendidikan di Malaysia bahkan prestasinya sudah berada pada tahap internasional dan ini sesuatu yang sangat luar biasa,” kata beliau.

Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor dan Ahli Lembaga Pengarah IKRAM MUSLEH, Puan Hajah Kamaliah Noordin yang turut membentangkan perkembangan sistem pendidikan Islam yang telah dibawa dan diterajui oleh IKRAM MUSLEH.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia