Dua lagi pasukan robotik sekolah IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Al Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL) dan Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) Jeram turut merangkul beberapa pingat dalam pertandingan robotik yang disertai kira-kira 550 peserta keseluruhan.
Dalam KRON 2016 anjuran Robotic Organizing Comittee Indonesia (ROCI) dan Kementerian Sains Teknologi dan Pengajian Tinggi, Indonesia (RISTEKDIKTI), dua emas telah diraih SRIAAG dalam acara Robot Creative Design melalui projek ‘21st Century Classroom Teaching Aid’ yang bertajuk ‘Phase of The Moon’ dan juga acara Volley Cup Robot Challenges.
Pasukan robotik SRIAGG acara Robot Creative Design diwakili oleh adik Khairul Faris Khairul Azli, Alif Hakimi Mat Ali dan Mukhlis Muhammad Sharif sementara acara Volley Cup Robot Challenges diwakili adik Alif Hakimi dan Ahmad Fauzan Muzammil Ahmad Nizam.
Pasukan robotik SMI Hira’ dan aksi mereka di sana
SMI Hira’ turut cemerlang apabila meraih satu pingat emas dalam acara Humanoid Line Racing Robot Challenges dan satu perak dalam acara Robot Creative Design sementara SRIAAKL memenangi pingat perak dalam acara 2 ON 2 Soccer.
Dua pingat perak SRIAAG diraih dalam acara Volley Cup Robot Challenges dan Brickspeed Challenges sementara dua gangsa diraih dalam acara Humanoid Trashure Hunt Robot Challenges dan Volley Cup Robot Challenges.
SRIAAG turut menerima tiga anugerah ‘Special Award’ dalam acara Humanoid Line Racing Robot Challenges, Humanoid Trashure Hunt Robot Challenges dan Brickspeed Challenges serta menerima satu anugerah ‘Appreciation Award’ daripada RISTEKDIKTI.
Tahniah kepada ketiga-tiga pasukan robotik sekolah dan guru-guru yang terlibat!