IKRAM-MUSLEH bantu bina sistem pentaksiran pelajar di Brunei

“Jadi, saya dan Dr Azma mewakili IKRAM-MUSLEH sudah pergi ke sana pada tahun lepas untuk bina item dan instrumen untuk mereka guna di sana,” jelas beliau semasa lawatan kementerian tersebut di Pejabat IKRAM-MUSLEH di sini pada Selasa lalu.

Menurut Kamaliah lagi, fasa pertama pembinaan sistem pentaksiran sudah selesai di mana instrumen sudah dibina dan projek rintis telah dilakukan di sana.

“Hasil projek rintis itu mereka bawa bersama pada kali ini, tetapi di samping itu mereka hendak datang juga untuk tengok bagaimana kita melaksanakannya di sekolah-sekolah kita,” katanya.

Tambah Kamaliah, IKRAM-MUSLEH membantu membina item pentaksiran untuk kementerian tersebut untuk memenuhi falsafah dan matlamat pendidikan Brunei Darussalam tetapi kaedah pentaksiran yang digunakan adalah sama dengan IKRAM-MUSLEH gunakan di sekolah-sekolah rangkaiannya.

Lawatan di Pejabat IKRAM-MUSLEH
Lawatan di Sekolah Islam Hidayah

“Alhamdulillah, setakat ini, mereka sangat memberi keyakinan kepada kita, apabila kita bina dan tunjuk kepada mereka bagaimana cara melaksanakannya, adalah sesuatu yang baru bagi mereka.

Ini adalah pentaksiran berterusan untuk membina, membangunkan nilai-nilai dalam diri seseorang pelajar,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kaedah pentaksiran pelajar ini tidak pernah lagi dilaksanakan di Brunei dan Kementerian Pendidikan negara itu sangat teruja untuk IKRAM-MUSLEH berkongsi dengan pihak mereka di sana.

Dalam lawatan ini, Kementerian Pendidikan Brunei turut menjemput pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei yang menaungi sekolah-sekolah agama di sana.

“Apabila saya pergi ke sana nanti, mereka ingin juga saya berkongsi dengan kementerian mereka untuk lihat samada ia boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah agama mereka di sana juga,” tambah Kamaliah yang akan berbengkel di Brunei sekitar April nanti.

Turut hadir menyambut delegasi Brunei di Pejabat IKRAM-MUSLEH adalah Sdr Mohd Syahir Ismail (gambar kanan), Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) yang juga Pengetua Sekolah Menengah Al-Azhar, Jitra, Kedah.

Beliau membentangkan perjalanan dan peranan yang dimainkan MGBSIM dalam melancarkan pengoperasian pendidikan sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH melalui perbincangan, penyelesaian isu sekolah dan pelbagai aktiviti bersama.

“Mereka dapat mengambil beberapa maklumat dan beberapa tindakan yang mungkin mereka boleh bawa balik ke Brunei nanti untuk memperkemaskan dari segi badan ataupun gabungan institusi pendidikan yang boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei sendiri,” jelas Syahir.

Lawatan lima hari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam ke Malaysia adalah rangka meninjau keberkesanan sistem pentaksiran pelajar yang dilaksanakan di beberapa sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH iaitu Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram dan Sekolah Islam Hidayah di Johor Bahru.

Lagi berita lawatan:

 

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia