Perlawanan yang berlangsung di Padang IGB International School di sini pada Selasa lalu menyaksikan IMFC terpaksa akur dan melepaskan slot play-off Liga M3 2020.
Pemain IMFC dibarisi oleh Aiman (penjaga gol), Faiz Mokhtar dan Aliff Rose (pertahanan tengah), Azrul dan Fauzan (pertahanan kiri dan kanan), Azrul Razman, Danial dan Aliff Mazlan (tengah), Belong, Aqmar dan Adam (serangan).
MOFAH FC menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-70 perlawanan menerusi ‘chip’ cantik daripada Acam menewaskan penjaga gol IMFC dan Aliff Rose yang berada di garisan gol.
IMFC seterusnya melakukan ‘counter-attack’ dengan hantaran lintang cantik oleh Belong yang disudahkan kemas oleh Aqmar menjadikan jaringan seri 1-1 pada minit ke-78.
Kemudiannya, kelemahan pertahanan IMFC dihukum MOFAH FC apabila menghadiahkan gol mudah kepada Iqbal pada minit ke-88.
Dalam keghairahan mendapatkan gol penyamaan, IMFC dihukum lagi pada minit ke-92 apabila Wan Pet menjaringkan gol ketiga MOFAH FC hasil sepakan penjuru daripada Acam.
Tahniah kepada semua pemain IMFC dan pengurusan yang bertungkus-lumus hingga mencapai ke peringkat ini. Moga IMFC terus bangkit dan maju jaya dalam edisi kejohanan seterusnya, insya-Allah.
Sumber: IMFC