SERI KEMBANGAN – Khairul Anuar bin Kamaruddin telah dipilih sebagai Ketua IKRAM Muda Pusat baharu bagi sesi 2022-2026 dalam pemilihan sayap IKRAM itu pada hujung minggu lalu.
Ahmad Ammar bin Ahmad Termizi pula terpilih sebagai Timbalan Ketua IKRAM Muda Pusat.
Manakala dua Naib Ketua IKRAM Muda Pusat yang terpilih ialah Ammar bin Shahrin dan Maisarah binti Tajuddin.
Lima orang Ahli Jawatankuasa IKRAM Muda Pusat yang terpilih ialah ‘Ammar bin Sahrim, Afif Liyana binti Abu Fitri, Khaulah binti Ahmad Faridz, Nur Syawalina Azwani binti Hussain dan Usaid bin Muhamad Asmadi.
Dalam pada itu, ahli-ahli IKRAM Muda juga telah memilih Jawatankuasa IKRAM Muda di peringkat negeri bagi sesi 2022-2026 yang diadakan serentak dengan pemilihan di pusat.