IKRAM Menyokong BERSIH 3.0

IKRAM dengan ini menyokong penganjuran ”BERSIH 3.0 – Duduk Bantah” yang dipimpin oleh gerakan masyarakat madani sebagai langkah ke arah merealisasikan perubahan tersebut.

IKRAM mendesak pengendalian proses sebelum, semasa dan sesudah PRU wajiblah diperbaiki untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hasil PRU yang bersih dan adil. Ini juga akan bermakna imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh kerajaan yang diberi mandat secara sah, telus dan adil dapat terus diperbaiki.

IKRAM yakin pemimpin-pemimpin NGO masyarakat madani yang menganjurkan Bersih 3.0 mempunyai kebolehan untuk menggerakkan masyarakat serta memimpin perhimpunan ini.

Untuk memastikan bahawa perhimpunan ini benar-benar mewakili suara rakyat masyarakat madani dan melangkaui kepentingan politik, maka IKRAM menyeru agar perhimpunan ini kekal diterajui oleh gabungan NGO masyarakat madani.

Namun, mana-mana parti politik yang ingin menyokong perhimpunan ini, sepatutnya turut terlibat sebagai gagasan rakyat yang prihatin terhadap pilihan raya yang bersih, telus dan adil.

IKRAM menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut terlibat dalam usaha ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan perhimpunan Bersih 3.0.

IKRAM ingin menegaskan bahawa perhimpunan ini akan digerakkan secara aman dan berharap tiada provokasi dilakukan oleh mana-mana pihak.

Pihak polis yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan mestilah dilihat sebagai tidak mengganggu perjalanan Bersih 3.0.

IKRAM mengingatkan ahli-ahlinya untuk sentiasa menjaga disiplin dan ketinggian akhlak sepanjang perhimpunan.

 

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia