KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) pada Selasa, 21 Februari lalu.
Turut dijemput dalam kunjungan tersebut adalah NGO MASAC iaitu Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (Malaysian Substance Abuse Council).
Delegasi IKRAM dan MASAC disambut oleh Timbalan Presiden PENGASIH, Saudara Hafizi Harun, ahli-ahli jawatankuasa PENGASIH dan para kakitangannya.
Dalam pertemuan itu, pelbagai isu dan perkara yang dikongsikan bersama terutama berkaitan aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat akibat masalah penyalahgunaan dadah.
“Satu persetujuan dicapai iaitu kita menubuhkan pasukan sekretariat untuk mengangkat satu usaha advokasi dalam perkara yang akan dipersetujui bersama,” kata Ketua Kumpulan Fokus Masyarakat yang Sihat, Selamat dan Sejahtera IKRAM, Prof. Dr Sahrim Hj Ahmad.
Tambah beliau, IKRAM turut diminta untuk mengetuai sekretariat advokasi tersebut.
Selain Dr Sahrim, delegasi IKRAM juga diwakili Prof. Dr Ahmad Hariza Hashim, Puan Faridah Maludin, Ketua Unit Putuskan Rantaian Dadah IKRAM dan Ilya Roslan.
Manakala MASAC diwakili Bendahari, Dato’ Khamsah Abu Bakar, Prof. Datin Dr Sapora Sipon, penyelidik bersekutu MASAC dan ahli jawatankuasa.
Kumpulan Fokus Masyarakat yang Sihat, Selamat dan Sejahtera menjalankan inisiatif dan usaha di bawah Kluster Masyarakat Progresif IKRAM melalui Unit Putuskan Rantaian Dadah.