IKRAM, MAIWP Anjur Program Kepimpinan Masjid Untuk Perubahan Masyarakat

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Program Kepimpinan Masyarakat Islam MADANI pada 16-17 Ogos lalu.

Program yang bertemakan “Menerajui Masjid, Memimpin Masyarakat” ini turut mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Akademi Kenegaraan Malaysia dan Integrated Development and Advancement of Leadership Berhad (IDEAL).

Program ini mengumpulkan seramai 50 anggota jawatankuasa masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam kohort pertama yang melibatkan 10 buah masjid, yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan wakil Biro-biro Belia, Dakwah dan Muslimat.

Ia adalah program pembangunan kepimpinan yang sistematik dan dalam kerangka membangunkan barisan kepimpinan yang menghayati nilai-nilai MADANI serta menterjemahkannya dalam perancangan dan tindakan serta pengurusan ahli kariah masjid.

Pengerusi MAIWP, Hj. Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, telah merasmikan program pada Sabtu lalu, yang turut dihadiri Presiden IKRAM, Hj. Badlishah Sham Baharin, Pengerusi IDEAL, Dr. Azlan Ab. Rahman, Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr. Hanim Salleh, Ahli JKP IKRAM, Hj. Azman Abd. Rashid dan CEO IDEAL, Dr. Zaharudin Othman.

Dalam ucapan aluan, Hj. Badlishah Sham berkata, Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai medan dakwah, tarbiah, penyelesaian masalah ummah, bahkan platform membina masyarakat yang berakhlak dan berperadaban.

“Inilah yang menjadi aspirasi IKRAM, untuk membina masyarakat madani yang berpaksikan nilai Islam yang rahmah, meraikan kepelbagaian, menghormati sesama insan dan memacu pembangunan secara menyeluruh. Kepimpinan masjid adalah tulang belakang usaha ini.”

“Kita mahu melahirkan pemimpin yang bukan sekadar mengurus solat dan program, tetapi memimpin hati-hati manusia untuk kembali kepada Allah, mendidik generasi muda dengan kasih sayang dan menjadi jambatan antara masyarakat dan rahmat Islam,” jelas beliau kepada para peserta.

Tambahnya, pemimpin masjid perlu menjadi contoh akhlak mulia, berfikiran terbuka, mampu merapatkan saf antara semua lapisan masyarakat dan sentiasa menyantuni dalam perbezaan.

Program yang mendapat pembiayaan utama daripada MAIWP ini turut mendapat sokongan pelaksanaan daripada JAWI, yang menjadi inisiatif untuk memperkasa anggota jawatankuasa masjid sebagai ejen perubahan masyarakat, serta membina keupayaan strategik dalam kalangan kepimpinan masjid untuk menjadikan masjid sebagai pusat komuniti yang dinamik.

Salah satu komponen terpenting dalam program ini adalah projek impak komuniti — sebuah pendekatan berasaskan tindakan (action-based learning), peserta akan berdepan dengan cabaran sebenar di lapangan dan mencari penyelesaian secara kolaboratif.

Mereka bukan sahaja mempraktikkan nilai MADANI secara nyata, tetapi juga membina kemahiran kepimpinan, pengurusan dan jaringan sosial. 

Melalui projek impak komuniti ini, barisan kepimpinan berpeluang untuk menzahirkan fungsi masjid bukan sekadar sebagai rumah ibadah, tetapi pusat penyatuan, pendidikan dan pembangunan komuniti.

Program Program Kepimpinan Masyarakat Islam MADANI akan diteruskan pelaksanaannya dengan 50 orang lagi peserta dalam kohort kedua pada 23-24 Ogos akan datang.

Setiap kohort akan merangka dan melaksanakan projek impak komuniti sebagai ruang praktikal pelaksanaan kepimpinan dalam komuniti seterusnya memberikan impak kepada pembangunan komuniti, khususnya ahli kariah. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia