IKRAM Legal alu-alukan pelantikan Ketua Pengarah JKSM baharu

Merujuk kepada Kenyataan Media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 26 Mac 2019, IKRAM Legal mengalu-alukan pelantikan Yang Amat Arif (YAA) Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu.

IKRAM Legal menyatakan bahawa selain daripada mempunyai kelayakan dan pengalaman yang amat luas dalam perundangan Syariah daripada sudut kehakiman, pengamalan dan akademik, beliau juga mempunyai pengalaman dalam pengamalan perundangan Sivil yang menjadikan beliau seorang yang amat sesuai untuk mengemudi JKSM yang berperanan untuk menyelaras dan menyeragamkan sistem pentadbiran kehakiman Syariah di seluruh negara.

IKRAM Legal percaya bahawa sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaannya, kecekapan sistem pentadbiran kehakiman Syariah adalah amat penting untuk diperkasakan lagi agar keadilannya dapat dilihat dan dirasai oleh semua lapisan rakyat negara ini.

Dalam masa yang sama, IKRAM Legal juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan JKSM dalam menjayakan visinya untuk memartabatkan institut kehakiman Syariah selari dengan visi IKRAM Legal untuk memartabatkan undang-undang yang adil, saksama dan rahmah.

Marwan bin Abdullah
Pengerusi IKRAM Legal

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia