IKRAM Lancar Buku Himpunan Hadis Untuk Perpaduan Malaysia

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melancarkan buku “Himpunan Hadis: Perpaduan dalam Kepelbagaian” pada Ahad lalu, 25 Ogos, bersempena dengan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) 2024.

Karya ini menghimpunkan 45 hadis pilihan yang digarap oleh Dr. Ajmain Safar, seorang tokoh masyarakat yang telah menghasilkan 10 buah buku lain. Buku ini mengupas tiga tema utama yang amat relevan dengan situasi semasa negara: Cintakan Negara, Perpaduan dan Perkongsian Nilai.

Pembukuan hadis-hadis terpilih ini merupakan kesinambungan usaha Ajmain ketika menyediakan “Satu Hari Satu Hadis”  semasa SBK 2022. Kini, usaha murni itu diabadikan dalam bentuk buku untuk capaian yang lebih banyak di dalam masyarakat.

Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini telah dipilih dengan teliti untuk menyerlahkan keindahan prinsip perpaduan yang dianjurkan Islam. Penerbitan buku ini bertujuan sebagai panduan hidup bagi umat Islam di Malaysia untuk hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ajmain merupakan seorang pesara yang telah berkhidmat selama 35 tahun dengan jawatan Profesor di Akademi Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini beliau merupakan aktivis yang dikenali dalam masyarakat setempat serta aktif memberikan ceramah. 

Sehubungan itu, Ajmain juga adalah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) serta merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM). 

Bagi yang ingin mengikuti penulisan terkini Ajmain, anda boleh melayari saluran Telegram beliau, “1 Hari 1 Hadis” dan “Kapsul Tazkirah”. 

Buku “Himpunan Hadis: Perpaduan dalam Kepelbagaian” bukan sekadar himpunan hadis, tetapi satu usaha murni untuk menyemai perpaduan dalam jiwa rakyat Malaysia.

Dapatkannya di laman web Ilhambooks menerusi pautan berikut, https://ilhambooks.com/himpunan-hadis-perpaduan-dalam-kepelbagaian/

atau memesannya melalui akaun shopee disini,

https://shopee.com.my/Himpunan-Hadis-Perpaduan-dalam-Kepelbagaian-i.158181010.29307853405



3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia