IKRAM kutuk tragedi pengeboman di Sri Lanka

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang sangat terancang dan menyasarkan penganut Kristian sempena sambutan Easter di lapan buah premis melibatkan beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka.

Ini merupakan tragedi serangan paling teruk ke atas masyarakat Sri Lanka setelah berakhir konflik perang saudara sejak 10 tahun yang lalu. IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.

Sesiapa sahaja patut berasa sedih dengan tragedi pengeboman di Sri Lanka yang telah mengorbankan lebih 250 nyawa dan mencederakan lebih 500 orang.

IKRAM menyeru kepada semua pihak agar menunjukkan solidariti kepada rakyat Sri Lanka. Umat Islam yang dikejutkan dengan tragedi di Christchurch, New Zealand pada bulan lalu, lebih-lebih lagi haruslah bersama-sama menolak keganasan sedemikian.

Keganasan terhadap mana-mana agama dan mereka yang tidak berdosa mesti ditentang. Islam secara jelas juga melarang pembunuhan atau kerosakan terhadap manusia lain.

“… bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang nyata; kemudian sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, menjadi orang yang melampaui batas di muka bumi.” (al-Maidah: 32)

Dalam suasana pihak berkuasa bertungkus lumus mengenal pasti dalang-dalang di sebalik komplot ini, kita semua perlu tegas dengan pendirian aman dan mengelakkan sebarang ketegangan.

Ayuh, kita bersolidariti dengan aman dan tidak akan dikalahkan dengan keganasan.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia