IKRAM kutuk pembunuhan Imam Palestin

IKRAM mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan seorang imam warga Palestin dan pensyarah universiti swasta, Dr Fadi al-Batsh pada pagi ini.

Beliau yang aktif menjadi imam tarawih dan memberikan ceramah isu Palestin semasa bulan Ramadan, telah ditembak sebanyak 10 das ketika berjalan menuju ke surau kawasan kediamannya di Medan Idaman, Gombak untuk solat Subuh.

IKRAM melahirkan rasa dukacita atas insiden mengejutkan ini dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga almarhum dan berdoa agar mereka menghadapi ujian berat ini dengan penuh kesabaran.

Insiden pembunuhan secara terbuka ini tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia menjadi antara tempat selamat untuk warga Palestin atau mana-mana pelarian akibat konflik di negara asal.

Oleh itu, IKRAM menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan terperinci dengan segera untuk mengesan penjenayah dan pihak yang terlibat; serta seterusnya membongkar motif pembunuhan ini.

Semoga keamanan negara dikekalkan dan warga Palestin terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diingini, insya-Allah.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia