IKRAM Kunjungi Universiti Fatoni, Salur Bantuan Banjir

PATTANI – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin dan Timbalannya, Jusni Yusoff mengadakan kunjungan persaudaraan ke Universiti Fatoni pada Khamis, 4 Januari lalu.

Kunjungan tersebut disambut oleh Rektor Universiti Fatoni, Dr Ismail Lutfi Japakiya dan kepimpinan kanan universiti itu.

Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan IKRAM kepada A-Khidmat, sebuah agensi kemanusiaan universiti yang akan menguruskan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selatan Thailand.

Banjir yang berlaku sejak 22 Disember lalu dilaporkan sebagai banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun yang berlaku di wilayah itu.

Media melaporkan bahawa sebanyak 109,282 isi rumah di Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun telah terjejas akibat bencana tersebut.

Kesempatan kunjungan itu juga digunakan untuk berdiskusi dengan kepimpinan universiti mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia