IKRAM Kuala Nerus ‘beraya’ secara maya

Justeru, IKRAM Kuala Nerus telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri Maya pada Jumaat, 5 Jun lalu yang dihadiri seramai 37 keluarga ahli menggunakan platform Google Meet.

 

Acara ini dimulakan dengan aktiviti sehari sebelumnya iaitu dengan mengedarkan lemang dan rendang kepada semua ahli dan memberikan duit raya kepada anak-anak ahli yang berumur bawah 12 tahun.

 

“Alhamdulillah di saat ujian PKPB ini, tiada alasan untuk kita tidak meraikan raya bersama dengan norma baru.

 

“Walaupun tidak dapat bersalaman dan bertemu, kita tetap boleh berkumpul di alam maya dan menjamu lemang dan rendang yang disediakan,” ujar wakil IKRAM Kuala Nerus di laman Facebook.

 

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan pembukaan Yang Dipertua IKRAM Kuala Nerus, Prof Ir Ahmad Jusoh diikuti dengan perkongsian oleh Ustaz Munawar Mohamad bertajuk ‘Aidilfitri Permulaan Perjalanan Pasca Madrasah Ramadan’.

 

Yang menariknya pada sesi taaruf, setiap ahli IKRAM lengkap berpakaian raya memperkenalkan ahli keluarga masing-masing dan bergambar bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka.

 

Setiausaha IKRAM Kawasan, Hasif Hishamuddin turut berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti kawasan bermula awal tahun 2020 dan yang akan diadakan pada masa akan datang.

 

Majlis yang dirai secara maya namun meriah oleh ahli-ahli IKRAM Kuala Nerus dan keluarga diakhiri dengan cabutan bertuah.

 

Lagi foto majlis: https://bit.ly/ikram-kn-rayamaya

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia