IKRAM komited bangunkan generasi baru

“Usaha ini, kalau kita ingin ia berjaya, kita perlu bekerja keras terus-menerus tanpa henti membangunkan generasi baru berlapis-lapis, daripada lapisan pertama hingga ia tercapai,” ucapnya ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Unggul IKRAM MUSLEH 2017. 

“Kalau kita ingin produk yang baik, kita kena lahirkan manusia yang baik, maka akan lahir umat yang baik, dunia yang makmur, kemanusiaan akan terbela dan kita dapat membina satu tamadun baru,” tambahnya dalam majlis yang berlangsung di The Space Grand Ballroom, Space U8 di sini.

  

Dr Parid melawat pameran pelajar semasa majlis

Katanya, dunia hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang semakin besar.

“Kerosakan dunia bermula daripada kerosakan manusia. Apa yang menimpa manusia seperti bencana adalah kesan daripada tangan mereka”.

Beliau memuji usaha-usaha IKRAM MUSLEH memperkasakan sistem pendidikan Islam secara holistik bagi melahirkan generasi soleh dan musleh, yang seimbang dalam akademik, rohani, emosi, sahsiah diri dan pelbagai aspek kehidupan.

“Kita melihat persoalan pendidikan sebagai persoalan asas kerana dengan pendidikan kita dapat mengubah situasi keluarga juga situasi
negara,” jelas Dr Parid.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr. Omar bin Yaakob berkata, untuk memastikan kecemerlangan ummah, bukan sahaja memerlukan takungan pemuda-pemudi Islam yang cemerlang dan kompeten dengan keupayaan intelek dan ketrampilan, bahkan perlu kepada mereka mampu menyumbang kepada pembangunan umat Islam melalui sahsiah, akhlak dan sikap yang betul.

  

Prof. Omar dan para hadirin

“Ini menuntut kepada sistem pendidikan Islam yang cemerlang. Maka, adalah menjadi kewajipan bagi kita berganding bahu bagi membangun dan memantapkan sistem pendidikan Islam yang terbaik,” jelasnya.

Tambahnya, komitmen dan usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan merupakan sebahagian daripada pelaburan utama IKRAM ke arah melahirkan generasi rabbani yang bermanfaat bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk seluruh ummah.

“Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah kita laksanakan bagi mengenal pasti cabaran dan jurang dalam sistem pendidikan sedia ada dan seterusnya merangka kaedah penyelesaian terbaik untuk menanganinya.

Dengan hasil usaha IKRAM MUSLEH, beliau berharap lebih ramai lagi generasi yang berketrampilan, berwibawa dan berwawasan untuk mencapai kegemilangan dunia dan akhirat akan dapat dilahirkan.

Majlis anugerah anjuran IKRAM MUSLEH yang julung kali diadakan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan IKRAM MUSLEH kepada para pelajar di sekolah-sekolah rangkaiannya yang komited serta cemerlang melibatkan diri secara aktif dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan kemasyarakatan.

Web IKRAM MUSLEH | FB IKRAM MUSLEH

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia