IKRAM Kecam Tragedi Tembakan di Christchurch

Satu tragedi ngeri telah menimpa komuniti Muslim di Christchurch, New Zealand apabila seorang lelaki bersenjata menembak secara rambang sekaligus menyebabkan 49 orang terbunuh dan ramai yang lain tercedera di dua buah masjid di bandar tersebut semalam.

Seluruh barisan kepimpinan dan ahli IKRAM berdukacita atas kejadian yang didalangi puak pelampau serta dipercayai membenci golongan Muslim dan kaum pendatang.

IKRAM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa, baik warga Malaysia atau bukan.

IKRAM menyambut baik kecaman kerajaan New Zealand yang menganggap pembunuhan kolektif ini sebagai satu bentuk keganasan.

IKRAM juga memuji pihak berkuasa New Zealand atas profesionalisme dan kecekapan mereka dalam menangkap serta mengadili penjenayah.

Berikutan serangan keganasan ini, IKRAM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di New Zealand dan negara-negara lain terjamin.

Kejadian sebegini jelas tidak mencerminkan nilai rakyat New Zealand secara umum atau kepercayaan agama mereka. Sebaliknya, ia merupakan jenayah yang membabitkan puak pelampau serta menjejaskan kesejahteraan awam.

IKRAM turut percaya bahawa isu rasisme and ekstrisme adalah universal dan tidak terhad kepada kawasan atau masyarakat tertentu.

Maka, IKRAM menyeru orang ramai untuk cakna dan berwaspada terhadap bahaya rasisme dan ekstremisme. Selain itu, dunia perlu mengambil tindakan segera bagi membendung isu ini sebelum ia membarah.

Menerima kepelbagaian dan perbezaan agama dan bangsa adalah tunjang utama dalam menangani rasisme dan ekstremisme di mana-mana, termasuklah di negara kita yang tercinta.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia