IKRAM ke Parlimen Bincang Pindaan RUU Penagih Dadah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menerima jemputan ke Parlimen Malaysia untuk memberikan maklum balas penambahbaikan kepada Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 2024).

Sesi Perbincangan dengan NGO itu dilaksanakan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada Selasa, 16 Julai lalu yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Pulai, YB Suhaizan Kaiat.

IKRAM diwakili Pn Faridah Maludin selaku Ketua Unit Putuskan Rantaian Dadah bersama Prof Dr Sahrim Ahmad, Ketua Kumpulan Fokus Sejahtera, Selamat, Sihat daripada Kluster Masyarakat Progresif.

Sesi perbincangan ini turut disertai oleh rakan-rakan NGO yang lain seperti Malaysia Substance Abuse Council (MASAC) dan Persatuan PENGASIH Malaysia.

Menurut Puan Faridah, tindakan memenjarakan penagih ini telah menunjukkan bahawa secara statistiknya, setelah penagih dibebaskan, 80 peratus penagih akan kembali kepada kehidupan penagihan semula.

“Hal ini bermakna lapan daripada 10 orang akan kembali menjadi penagih selepas bebas dari penjara. Ini menunjukkan bahawa pemenjaraan bukan penyelesaian masalah ketagihan dan ia tidak dapat membantu menurunkan masalah ketagihan dadah malah menutup peluang untuk rawatan dan pemulihan mereka,” kata beliau.

Tambahnya, fokus Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 2024) antaranya membawa semangat yang jelas dalam usaha menyahjenayah atau dekriminalisasi penagih dan penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang. Alternatif kepada pemenjaraan adalah dengan memberi rawatan kepada penagih.

Dr Boi Saidi Abdul Razak, Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan rakan-rakan doktor pakar Kesihatan Awam dan Family Medicine Specialist (FMS) turut mengutarakan cadangan balas yang amat bernas berdasarkan kajian dan pengalaman.

“Antara cadangan bernas yang diutarakan ialah pendekatan memasukkan nilai dan ajaran agama kepada penagih.”

“Ini memandangkan fitrah manusia ke atas kaedah rawatan dan program yang mementingkan kasih sayang dan didikan agama lebih efektif dalam membantu mereka keluar daripada kancah penagihan dadah,” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, sidang parlimen telah memutuskan untuk Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 2024) disemak semula bagi mengambil kira pandangan dan kerjasama lebih inklusif daripada NGO, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian.

Pengalaman Pn Faridah lebih 17 tahun menyantuni banduan Penjara Wanita Kajang membuatkannya selalu berfikir jauh, apakah kesudahan nasib mereka apabila terlibat dengan gejala dadah ini terhukum dalam penjara, kemudiannya berulang lagi terjebak dan dimasukkan semula ke penjara.

“Semoga ada sinar buat mereka untuk berjaya pulih dan kembali hidup normal dan bermakna,” ujar beliau.

Dari sudut syariah, penggunaan dadah yang menghilangkan akal atau penyalahgunaannya adalah tetap haram, mesti ditegah dan dicegah.

Namun kaedah hukuman dan pengkategorian kesalahan sama ada dalam kategori jenayah atau sebagainya adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa berdasarkan maslahah terbaik untuk rakyat dan negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia