IKRAM Johor sasar jahit 4,000 PPE

SKUDAI – Projek Personal Protective Equipment (PPE) IKRAM Johor 2.0 yang memulakan operasinya pada 9 Jun lalu di Kompleks IKRAM Johor telah berjaya menghasilkan sebanyak 900 helai gaun PPE sehingga 22 Jun lalu.

 

“Pasukan Jahit PPE IKRAM Johor yang diketuai oleh Dr Murniati dengan kekuatan tenaga sukarelawan bertugas seramai 20 orang dalam kalangan ahli IKRAM Johor,” kata Ketua Projek PPE IKRAM Johor, Dr Siti Kamariah Othman.

 

Menurutnya, dengan kekuatan jentera sebanyak lapan buah mesin jahit industri dan lima mesin jahit portable, mereka telah berjaya menghasilkan secara purata 70 hingga 100 helai PPE setiap hari.

 

“Projek ini masih berlangsung dan dijangka bakal menghasilkan sekitar 4,000 helai PPE, tempahan daripada fasiliti kesihatan kerajaan di sekitar negeri Johor.”

 

Pada 22 Jun juga, sebanyak 830 PPE telah diserahkan kepada Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (foto) untuk kegunaan para petugas barisan hadapan.

 

“Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat. Semoga para sukarelawan dikurniakan Allah keberkatan atas tenaga dan masa yang dilaburkan. Moga Allah redai usaha kecil membantu frontliners ini,” harapannya.

 

Projek PPE ini merupakan kolaborasi antara IKRAM Johor, IKRAM Health Johor dan Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia