IKRAM adakan kunjungan hormat ke IKIM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Jumaat, 29 Oktober di sini.

 

Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohd Zaidi Ismail dan Felow Utama/Pengarah Pusat SYARAK IKIM, Dr Mohd Farid Mohd Shahran.

 

“Pertemuan itu diadakan bagi memperkenalkan IKRAM secara ringkas dan menerangkan inisiatif-inisiatif IKRAM dalam Pasukan Petugas Masyarakat Progresif,” kata Ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Masyarakat Progresif IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob.

 

Tambahnya, kunjungan itu juga bertujuan membentangkan cadangan awal gerakan pemikiran Wasitiyah serta mendapatkan maklum balas dan mencari ruang kerjasama antara IKRAM dan IKIM.

 

Menurut beliau yang juga Ahli JKP dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, salah satu ciri masyarakat madani, hadhari dan progresif ialah masyarakatnya celik maklumat, bersikap objektif dan saintifik dalam menerima dan menyebarkan ilmu.

 

“Namun, sebahagian di kalangan anggota masyarakat kita tidak mempunyai atau kurang menggunakan pendekatan yang benar dalam menerima, mengamal dan menyebarkan ilmu dan maklumat.”

 

Justeru itu, IKRAM mencadangkan agar dilancarkan gerakan pendekatan atau pemikiran Wasitiyah bagi menyebarkan kepentingan literasi dan persepsi terhadap maklumat dan media secara objektif, kritikal, tepat dan beretika.

 

Dalam pertemuan itu juga, wakil IKRAM membentangkan mengenai Masyarakat Progresif dan ciri-cirinya bagi membangunkan negara yang rahmah iaitu masyarakat berintegriti dan bermaklumat, keluarga yang utuh, masyarakat peduli serta masyarakat sejahtera, sihat dan selamat.

 

Selain Dr Omar, IKRAM turut diwakili Ahli JKP merangkap Timbalan Ketua Wanita, Dr Sabariah Baharun, Ahli Jawatankuasa Pendidikan, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengerusi Persatuan Akademia IKRAM Malaysia, Profesor Dr Sahrim Ahmad dan Ketua Jabatan Penyiaran dan Komunikasi, Puan Siti Hamisah Manan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia