IKRAM gesa novel Pantai Kasih diganti bahan lebih sesuai

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikannya, Prof Dr Omar Yaakob, berkata meskipun watak utamanya membawa nilai positif dan memaparkan kecekalan, novel yang disunting dan digunakan di sekolah itu tetap mempunyai unsur tidak sihat. 

“Budaya dan gaya hidup petugas hospital yang dipaparkan tidak realistik serta mengandungi penceritaan nafsu seksual yang keterlaluan.

“Ia tidak sesuai sebagai bahan pendidikan untuk remaja dalam Tingkatan Empat, malah kebanyakan guru tidak selesa menggunakannya sebagai bahan dalam kelas,” katanya dalam kenyataan media kepada BH, di sini, hari ini.

Prof Omar berkata, panel penilai perlu melihat kembali proses cadangan, penilaian dan pengesahan sesebuah buku teks yang dilihat tidak efektif dalam mengesan serta menapis unsur negatif dalam naskhah ini sejak awal lagi.

IKRAM yang menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan unsur negatif dalam novel Pantai Kasih, mendesak pihak bertanggungjawab dalam urusan itu untuk meletakkan kriteria pembangunan nilai, jati diri, akhlak dan adab dalam pemilihan bahan pendidikan.

“Buku teks dan bahan pendidikan haruslah mampu memupuk nilai mulia, keperibadian terpuji serta cara hidup yang sihat dan sejahtera seperti ditunjukkan Rasulullah SAW, sahabat dan orang soleh.

“Generasi hari ini terdedah kepada pelbagai cabaran yang membawa kepada hedonisme dan merosakkan nilai serta jati diri. Justeru, bahan pendidikan formal harus berupaya membantu pelajar menghadapi cabaran.

“Ia juga perlu dalam usaha membentuk mereka dengan peribadi bersesuaian bagi pembangunan masyarakat dan negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian
Tarikh: 18 Januari 2016
Link: http://www.bharian.com.my/node/115680

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia