IKRAM bentang hasil kajian Dasar Keluarga Negara

SERI KEMBANGAN – IKRAM telah dijemput oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke sesi pembentangan serta perbincangan hasil kajian Dasar Keluarga Negara semalam.

 

Hasil kajian yang dilaksanakan oleh IKRAM itu bertajuk ‘Dasar Keluarga Negara: Semakan dan Cadangan Penambahbaikan’ telah dibentangkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

 

Dalam pembentangan itu, LPPKN diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), En. Hairil Fadzly Md. Akir, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Program dan Keluarga, Bahagian Kesejahteraan Keluarga, En. Fauwaz Hasbullah, Pengarah, Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga, En. Irwan Nadzif Mahpul dan Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik, Pn. Nafishah Abdullah serta tiga pegawai lain.

 

Manakala delegasi IKRAM pula diketuai Naib Ketua Wanita, Dr Sabariah Baharun, Naib Presiden, Prof. Dr Hanim Salleh, Ketua Kluster Agenda Nasional Masyarakat Progresif, Hj Ainullotfi Abd Latif dan Ketua Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh, Hj Rozalli Hashim serta tiga pegawai dan ahli jawatankuasa lain.

 

Menurut Dr Sabariah, objektif sesi ini ialah untuk LPPKN mendengar cadangan daripada IKRAM dan berbincang aspek-aspek penambahbaikan dan pengukuhan Dasar Keluarga Negara.

 

“Dasar Keluarga Negara (DKN) merupakan dasar penting yang memfokuskan kepada aspek kesejahteraan dan pembangunan keluarga.”

 

“DKN telah berusia lebih 10 tahun, justeru semakan semula DKN penting agar ia masih relevan dengan pelbagai perkembangan dan perubahan masyarakat yang telah berlaku,” katanya.

 

Jelasnya, IKRAM telah membentangkan beberapa cadangan pemurnian DKN yang melibatkan beberapa dasar, polisi dan pelan tindakan.

 

“Cadangan daripada IKRAM ini merupakan hasil daripada kajian khusus yang telah dijalankan dan juga hasil dapatan daripada Indeks Keluarga Rahmah 2021 yang digerakkan oleh IKRAM sendiri.”

 

Selain daripada itu, tambahnya, sesi IKRAM bersama LPPKN juga membincangkan berkenaan cabaran kepada keluarga pascapandemik Covid-19 dan cabaran Malaysia menuju negara makin menua.

 

“IKRAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada LPPKN atas peluang perbincangan yang diberikan.”

 

“IKRAM akan terus komited dengan advokasi dan mendidik masyarakat bagi membentuk Institusi Keluarga yang Utuh di bawah Agenda Nasional Masyarakat Progresif,” ucap Dr Sabariah pada akhir perbincangan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia