IKRAM dikaitkan dengan Freemason, tuduhan karut! – SUA IKRAM

Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa berkata demikian ketika ditanya tentang tuduhan tersebut.

 

“IKRAM adalah merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 22 Oktober 2009. Ianya digerakkan oleh para cendekiawan dalam pelbagai bidang, lulusan dalam dan luar negara, serta pelbagai lapisan masyarakat,” kata beliau.

 

Ujarnya, IKRAM bukanlah satu pertubuhan rahsia atau bawah tanah yang mempunyai agenda yang tidak baik terhadap negara apatah lagi umat Islam.

 

“Kesemua aktiviti dan program IKRAM boleh diikuti secara telus dan terbuka dalam media sosial IKRAM sama ada menerusi laman web, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Youtube TV.IKRAM,” jelas beliau.

 

Tambahnya, dalam Perlembagaan IKRAM menyatakan dengan jelas bahawa dasar IKRAM ialah Islam dan asas pegangannya ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Ijtihad diikuti dengan lapan (8) matlamat seperti berikut:

 

a) Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

b) Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;

c) Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;

d) Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;

e) Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;

f) Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

g) Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam; dan

i) Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

 

Katanya lagi, IKRAM juga meletakkan misi dan visi organisasinya yang jelas sepertimana yang boleh dilihat dalam laman web IKRAM. Misi IKRAM ada tiga (3) iaitu:

 

a) Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara;

b) Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan; dan

c) Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.

 

Sementara itu, tambahnya lagi, visi IKRAM pula juga adalah jelas iaitu ‘Malaysia Menjadi Negara Rahmah’ yang berasaskan 12 ciri seperti berikut:

 

1) Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti;

2) Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan;

3) Tadbir Urus yang Baik;

4) Undang-undang yang Adil;

5) Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang;

6) Institusi Keluarga yang Utuh;

7) Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni;

8) Ekonomi yang Mampan;

9) Agihan Kekayaan yang Saksama;

10) Pembangunan yang Lestari;

11) Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara; dan

12) Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat.

 

“Berdasarkan dasar, matlamat, misi dan visi yang telah ditetapkan, kami rasa hairan apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa IKRAM mempunyai kaitan dengan gerakan Freemason,” tegas Hj Mahdzir.

 

Malah, jelasnya, IKRAM juga merupakan antara pertubuhan yang aktif di Malaysia dalam menyumbang kepada Palestin dan menentang penjajahan haram oleh Zionis Israel seperti Yayasan Al-Quds Malaysia dan Gerakan BDS Malaysia, malah bekerjasama dan membantu menjayakan Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) pada Februari lalu.

 

“Sekiranya IKRAM mempunyai kaitan dengan gerakan Freemason, sudah pasti IKRAM tidak akan sekali-kali terlibat dalam memberikan bantuan kepada Palestin memandangkan gerakan Freemason dikenali sebagai sebuah gerakan yang mendokong agenda Zionis.” kata Hj Mahdzir.

 

Beliau menjelaskan lagi, meskipun pemilik akaun ‘Dr.Ismadi’ tidak diketahui pemiliknya dan baru diwujudkan pada bulan April 2020, IKRAM merasakan perlu memberikan penjelasan agar masyarakat mendapat maklumat yang benar tentang IKRAM.

 

Hj Mahdzir menyeru masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar berkenaan IKRAM melalui media sosial IKRAM sendiri iaitu sama ada melalui laman web, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Youtube TV.IKRAM seperti berikut:

 

Portal: ikram.org.my
FB: fb.com/ikram.malaysia
Twitter: twitter.com/ikrammalaysia
Instagram: instagr.am/ikrammalaysia
Telegram: t.me/ikrammalaysiaofficial
Youtube TV.IKRAM: youtube.com/c/tvikram

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia