IKRAM bantu ahli ditimpa kebakaran

Hasil sumbangan berjumlah RM10,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada ahli IKRAM Bachok, Pn Siti Zaleha Hashim oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad semasa lawatan kerja beliau ke Kelantan.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut Ahli JKP IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa, YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Mohd Shaarani Mohd Naim, Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani Abd Rani, Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kelantan, Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek dan YDP IKRAM Bachok, Dr Othman Md Zain serta para aktivis IKRAM.

Siti Zaleha, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dan juga suaminya, En. Abdul Halim Yusuf merakamkan penghargaan atas sumbangan IKRAM bagi membantu meringankan beban keluarga mereka.

 

Ucapan Presiden IKRAM dan kesan-kesan kebakaran yang dapat dilihat

Dalam ucapan ringkas  majlis penyerahan itu, Dr Mohd Parid berkata, bantu-membantu adalah satu usaha yang harus didokong oleh semua rakyat lantaran ia merupakan percikan daripada hubungan persaudaraan, hubungan kekeluargaan dan hubungan perjuangan.

Beliau memetik sebahagian firman Allah dalam surah al-Maa’idah ayat 2 yang bermaksud:

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”

Beliau menyatakan keazaman IKRAM untuk menyantuni semua segmen masyarakat sesuai dengan visinya iaitu Malaysia Menjadi Negara Rahmah.

“IKRAM berazam meluaskan santunan kepada semua ahli masyarakat dengan Misi Malaysia Menjadi Negara Rahmah, rahmatan lil ‘alamin.

“Menjadi satu kewajipan kita bantu, dalam harta kita, ada hak orang lain. Kita sebagai penghantar, kita diuji Allah sejauh mana kita bersedia menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Melalui bantu-membantu, tambah Dr Mohd Parid, kita dapat merasai tanggungjawab bersama dan kita kembangkan perasaan itu kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Beliau juga menggesa ahli-ahli IKRAM supaya menjadi penyelesai masalah  dengan menyediakan kebijakan-kebijakan yang menggariskan penyelesaian kepada permasalahan umat.

“Jom kita jadi problem solver (penyelesai masalah), menyediakan kebijakan-kebijakan yang menggariskan penyelesaian kepada masalah umat.
Solusi-solusi ini adalah solusi yang patuh syariah dan ia adalah percikan daripada iman,” jelasnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia