Ikatan terbina, ukhuwah tercerna

Hari pertama program telah dimulakan dengan Mesyuarat Agung Tahunan IKRAM Health 2016 dan bengkel diikuti dengan pertandingan pelbagai permainan bagi mencernakan ukhuwah dalam kalangan ahli IKRAM Health pada hari kedua. 

Dalam mesyuarat tersebut, Prof. Madya Dr Oteh Maskon telah dipilih sebagai Yang Dipertua IKRAM Health bagi sesi 2016-2017 manakala Dr Abdul Halim Shibghatullah sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Dr Mohd Afiq Mohd Nor sebagai Setiausaha Kehormat.

    

Mesyuarat Agung Tahunan, laporan aktiviti oleh Dr Afiq dan bengkel

Bengkel ‘Interest-Group Empowerment’ turut diadakan bagi berbincang dan merancang untuk merealisasikan sumbangan IKRAM Health yang mampu memberi impak yang besar dan signifikan dalam dunia kesihatan kepada negara dan dunia.

Pada hari kedua pula, pelbagai permainan dipertandingkan secara berkumpulan antaranya Jalan Ikat Kaki, Selipar Gergasi, Giant Wheel dan Passing Belon tidak ketinggalan acara-acara Telematch untuk kanak-kanak disusuli dengan penyampaian hadiah untuk para pemenang.

    

Jalan Ikat Kaki, Giant Wheel dan Telematch

Dengan kehadiran majoriti daripada golongan muda, ia memberi harapan bahawa perjuangan dakwah IKRAM melalui rumpun kesihatan dan perubatan mempunyai para pewarisnya yang akan terus menyambung legasi dakwah yang telah mula diusahakan sebelum ini.

Semoga IKRAM Health akan terus menjadi salah satu peneraju utama dalam membangun dan menigkatkan tahap kesihatan masyarakat di negara ini seiring dengan slogannya ‘Building a Healthy Nation with Rahmah’, insya-Allah.

Struktur Organisasi Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) Sesi 2016-2017

Yang Dipertua: Prof. Madya Dr Oteh Maskon
Tim Yang Dipertua: Dr Abdul Halim Shibghatullah
Setiausaha Kehormat: Dr Mohd Afiq Mohd Nor
Penolong Setiausaha: Dr Nik Nathasha Nik Isahak
Bendahari: Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi

Ahli Jawatankuasa:
Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta
Dr Zainal Fitri Zakaria
Puan Norul Aishah Mohd Yunos
Dr Al Hafiz Ibrahim
Dr Nur Aisyah Zainordin
Dr Mohamad Yusri Musa
Puan Maryam Sakinah
Sdr Hazli Mohd

Sumber: http://goo.gl/yKMRcc
Album1: https://goo.gl/pLMrgi | Album2: https://goo.gl/AFhBaL

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia