Ikan bakal pupus?

“Dulu-dulu mak dan adik beradik hanya mampu makan ikan sahaja, tak mampu nak makan ayam.” 

 

Itulah imbauan kisah keluarga ibu saya yang pada ketika itu ayam merupakan santapan mewah untuk mereka yang berada. Namun pada milenium kini, situasinya kian berbeza. Hasil tangkapan laut seperti ikan dijual berganda lebih mahal daripada ayam. 

 

Mengapa harga ikan melonjak tinggi kebelakangan ini? Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan. Antara sebabnya adalah semakin berkurangnya hasil tangkapan sejak sedekad yang lepas selari dengan teori permintaan dan penawaran (demand and supply). 

 

Pada tahun 2019, kajian oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) mendapati stok ikan di Semenanjung Malaysia hanya berbaki 4.4 peratus sahaja berbanding 60 tahun dahulu. Beliau menambah, lebih menggusarkan sumber laut negara hanya mampu bertahan 30 tahun sahaja lagi. 

 

Menurut Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi, kajian pada tahun 2016 mendapati stok ikan demersal (ikan yang hidup dan mencari makan berhampiran dan di dasar laut) semakin menyusut daripada 473,345 tan metrik kepada 21,002 tan metrik sahaja. 

 

Persoalannya, bagaimana sumber ikan laut boleh berkurang dengan begitu mendadak? Antara faktor utama adalah pencerobohan nelayan asing terutamanya dari Indonesia, Myanmar dan Vietnam. Lazimnya nelayan asing akan menceroboh perairan negara menggunakan bot-bot besar berserta pukat tunda. 

 

Secara tidak langsung, mereka akan melakukan penangkapan secara besar-besaran dan tidak terkawal. Data daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyebut, lebih 10,000 nelayan asing telah ditahan menceroboh perairan negara dari tahun 2006 sehingga 2019. 

 

Selain itu, pukat tunda yang digunakan oleh nelayan asing ini tadi juga akan memusnahkan terumbu karang termasuk benih ikan di kawasan perairan tersebut. Terumbu karang merupakan kawasan penting bagi habitat ikan hidup dan membiak. Apabila terumbu karang dimusnahkan, kawanan ikan akan berhijrah ke lokasi lain seperti Laut Andaman. 

 

Sehubungan itu, JPM telah membuat inisiatif memperkenalkan Pelan Pengurusan Perikanan (FMP) bagi menangani kekurangan sumber ikan. Melalui FMP, setiap spesis ikan dan kawasan perairan mempunyai pelan strategik masing-masing seperti pemulihan stok sumber perikanan, pengurusan perikanan mampan dan khidmat nasihat teknikal untuk pembangunan kawasan marin. 

 

Selain itu, pindaan Akta Perikanan sedang diusahakan dan bakal diguna pakai bersama Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 bagi menangani pencerobohan nelayan asing. 

 

Di samping itu, JPM juga telah memperkenalkan Sistem Pas Keluar Masuk Vesel Laut Dalam (SPVC2) di empat pengkalan utama bagi memastikan mereka mendaratkan ikan di dalam negara sahaja. Empat lokasi ini adalah di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pelabuhan LKIM Kuantan, Pelabuhan LKIM Kuala Perlis dan Pelabuhan Bersepadu Tanjung Manis, Sarawak. 

 

Antara inisiatif yang boleh dipertimbangkan ialah penternakan ikan laut secara komersil di darat. Usaha ini telah dimulakan di pesisir pantai Gaza, Palestin dan dibiayai oleh beberapa NGO termasuk dari Malaysia seperti Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Usaha ini bermula sejak beberapa tahun lalu berikutan nelayan Palestin sering diganggu oleh tentera laut Zionis Israel. 

 

Usaha ini telah pun membuahkan hasil yang mana ia bukan sahaja melengkapkan rantaian sumber makanan di Gaza, bahkan mereka mampu mengeksportnya ke Tebing Barat dan beberapa bandar di wilayah jajahan Israel. 

 

Biarpun kekurangan sumber ikan semakin meruncing, ini tidak bermakna kita berada di penghujung kehidupan. Setiap masalah pasti ada jalan keluar penyelesaiannya. Yang penting adalah sikap kita yang tidak bertangguh membendungnya dan seterusnya bersungguh-sungguh mencari jalan keluar. 

 

Muhannad Jamil
Perunding Takaful
Aktivis IKRAM Negeri Sembilan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia