IKRAM Health cakna kesihatan mangsa banjir

SERI KEMBANGAN – Pelbagai inisiatif dilaksanakan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) sedari awal bagi mempersiapkan ubatan dan khidmat kesihatan kepada mangsa banjir.

 

“Sejak hari pertama berlakunya banjir, kami sudah mempersiapkan pasukan khas untuk menyantuni keadaan dan kesihatan mangsa-mangsa banjir,” kata Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor.

 

Dengan kapasiti yang ada, jelasnya, IKRAM Health telah membuka kaunter kesihatan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) seperti Politeknik Shah Alam dan Pustaka Tun Raja Uda, Shah Alam.

 

Menurutnya, sebuah pasukan mereka telah turun ke Hulu Langat untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam saringan kesihatan dan perawatan kepada mereka, yang bergabung dengan pelbagai NGO dan kumpulan misi bantuan di sana.

 

“Kita turut menghantar dua pasukan perubatan untuk bersama dengan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi khidmat kesihatan di lima PPS di Kuantan termasuk sebuah klinik sementara yang beroperasi di SMK Bukit Rangin.”

 

Tambah Dr Afiq, IKRAM Health juga terlibat aktif bersama pasukan Rasuah Busters dengan membuka klinik dan kaunter bergerak di pelbagai tempat yang amat terkesan dengan banjir antaranya di Kampung Lombong dan Kampung Kebun (Shah Alam), Bestari Jaya (Kuala Selangor) dan Kampung Orang Asli Tadom, Banting.

 

“Kita akan terus bersama dengan pasukan Rasuah Busters dalam misi-misi bantuan banjir selepas ini, insya-Allah.”

 

Ketika ditanya khidmat yang disediakan oleh IKRAM Health untuk mangsa banjir, beliau berkata, pihaknya memfokuskan klinik mobil dan lapangan, kit perubatan dan kebersihan, program ‘Kids Happy Kit’ dan juga bantuan sokongan psikologi (PFA).

 

“Pihak kami telah menganjurkan kursus PFA bagi sukarelawan yang ingin menyantuni dan memberikan sokongan psikologi kepada mangsa-mangsa banjir.”

 

Jelasnya, beberapa pasukan sukarelawan PFA telah ditubuhkan bagi memberikan sokongan psikologi kepada kanak-kanak melalui program ‘Kids Happy Kit’ agar mereka dapat berinteraksi dan mendapatkan permainan, buku, alat tulis atau botol air untuk dibawa pulang.

 

Antara tempat-tempat yang telah dijalankan program ini ialah SRA Nanding, SMK USJ 23, Masjid Al-Faizin Taman Alam Megah, SK Putra Heights 2, PUSPEN dan Kampung Padang Jawa.

 

“Alhamdulillah, kanak-kanak mangsa banjir semakin ceria walaupun dirundung duka.”

 

Di samping itu, IKRAM Health turut mengedarkan sejumlah ubat prophylactic antibiotic doxycycline secara percuma kepada para sukarelawan banjir yang memerlukan bagi melindungi mereka daripada penyakit leptospirosis atau kencing tikus di kawasan-kawasan yang terkesan dengan banjir.

 

Mengenai kutipan sumbangan, jelas Dr Afiq, sehingga kini lebih RM100,000 sumbangan berjaya dikumpul, manakala lebih separuh sumbangan telah diagihkan berupa set ubatan, permainan dan kit.

 

“IKRAM Health amat menghargai segala sumbangan oleh para dermawan yang prihatin. Pihak kami akan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, insya-Allah.”

 

Katanya lagi, banjir masih berlaku dan mangsa banjir masih ramai. 

 

“Jadi, sumbangan bagi penyaluran bantuan kesihatan serta ubat-ubatan melalui misi IKRAM Health kepada mangsa banjir masih diteruskan.”

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui IKRAM Health di pautan https://www.billplz.com/danabanjirIH atau ke akaun Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (CIMB 8604921680) dengan rujukan ‘danabanjirIH’ dan sila WhatsApp slip transaksi sumbangan kepada 018-2361007 (Admin). 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia