Iftar rai doktor, guru di Gaza

Pada Rabu, 22 Jun 2016 telah berlangsung satu majlis iftar bersama 500 doktor yang menjadi sukarelawan membantu rakyat Palestin sepanjang beberapa tahun, yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Palestin dan wakil Persatuan Doktor Palestin. 

Antara tokoh-tokoh yang hadir meraikan para doktor ini ialah Dr. Mahmoud al Zahhar, Khalil al-Hayya, Kamal Abu, Dr. Ahmad Abu al-Reeah, dan Dr. Fadel Naeem. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak putus memberi bantuan.

  

Majlis iftar bersama doktor dan guru

Menteri Kesihatan Palestin juga mengatakan rakyat Malaysia memainkan peranan penting ketika perang tahun 2014 dan menaja pengangkutan awam kepada doktor-doktor untuk terus berkhidmat dan mengucapkan tahniah kepada MyCARE yang telah bertungkus lumus membina semula bidang perubatan di Palestin.

Pada Selasa, 21 Jun 2016, MyCARE telah menyantuni 500 orang guru miskin di bawah Projek Ramadhan dalam majlis iftar yang dihadiri Menteri Pendidikan Palestin. Beliau menghargai rakyat Malaysia yang menyumbang melalui MyCARE atas keprihatinan menjaga kebajikan saudara-saudara yang jauh di Palestin.

Turut serta bekas Bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Luar Negeri dan Perancangan Palestin, Prof. Mohammed Awad. Majlis tersebut turut menghadiahkan cenderahati sebagai penghormatan kepada guru-guru yang bersara pada tahun 2015 dan 2016.

  

Edaran pek iftar dan projek iftar di Masjid al-Aqsa

Melalui Tasbira Initiative, sukarelawan MyCARE Gaza turut mengedarkan pek makanan berbuka kepada orang ramai yang sedang pulang daripada tempat kerja. Tidak ketinggalan, MyCARE melalui Aqsa Syarif juga telah mengadakan projek iftar di Masjid al-Aqsa yang memberi manfaat kepada lebih 250 orang jemaah masjid tersebut dengan pelaksanaan oleh rakan NGO, Mirasimiz.

Sehingga 23 Jun 2016, sebanyak 6,304 unit pek makanan dan 5,926 unit hadiah raya telah ditaja melalui Projek Ramadhan 1437H. MyCARE mensasarkan tajaan sebanyak 38,000 pek makanan dan 30,000 hadiah raya bagi menceriakan rakyat Palestin, Syria, Muslim Rohingya dan juga komuniti Islam di Myanmar.

Dengan hanya RM100 seunit untuk penajaan pek makanan dan RM50 seunit untuk hadiah raya, anda boleh ikuti dua langkah berikut:

1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad‘ ke mana-mana akaun berikut:

Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

2. Maklumkan melalui e-mel ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke +6019-3178857 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Hadiah Raya’.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE di talian +603-8941 2341 atau 019-317 8857. Sumbangan untuk Projek Ramadhan ini akan berakhir pada 4 Julai 2016.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang! Bagi yang belum menyumbang, peluang masih terbuka untuk anda. Bagi yang tidak mampu, anda boleh kongsi dan hebahkan peluang tajaan ini kepada ahli keluarga dan rakan yang lain, insya-Allah.

Foto Iftar Doktor: http://bit.ly/292zuQF
Foto Iftar Guru: http://bit.ly/291iZp8
Foto Edaran Iftar: http://bit.ly/28UJMGE
Foto Iftar di Masjid al-Aqsa: http://bit.ly/28Sh3Pe

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia