Lebih 50% penggunaan katil ICU di KL, Selangor

SERI KEMBANGAN – Dilaporkan pada Ahad, penggunaan katil untuk kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di hospital Kuala Lumpur dan Selangor sudah melebihi 50 peratus.

 

“Kuala Lumpur mencatatkan peratusan tertinggi dengan 63 peratus, diikuti Selangor iaitu 52 peratus,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataannya pada Isnin.

 

Beliau berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat kepada 187 pesakit atau 21 peratus.

 

“Bagi katil bukan ICU, Putrajaya merekodkan sebanyak 87 peratus diikuti Selangor sebanyak 73 peratus. Kuala Lumpur pula mencatatkan 56 peratus manakala Terengganu serta Melaka masing-masing 53 dan 51 peratus.”

 

Noor Hisham turut menjelaskan sebanyak 16,863 kes baharu dilaporkan pada Ahad dengan 51.31 peratus atau 8,652 kes merupakan kategori satu.

 

“Bagi kes dalam kategori dua pula ialah 8,111 kes atau 48.10 peratus, kategori tiga (48 kes atau 0.28 peratus), kategori empat (29 kes atau 0.17 peratus) dan kategori lima (23 kes atau 0.14 peratus),” jelasnya.

 

Daripada 100 kes Covid-19 kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan pada Ahad, sebanyak 30 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 44 kes menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 37 kes kematian Covid-19 pada Ahad menjadikan angka kumulatif kematian mencecah 34,751 kes.

 

Menurut portal CovidNow, enam kematian turut direkodkan di luar fasiliti kesihatan (BID).

 

Sebanyak 233,179 kes aktif termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (1,032).

 

Manakala, seramai 299 pesakit pula ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 187 memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Negeri Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 12 kes diikuti Kedah (enam), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, masing-masing empat kematian.

 

Pulau Pinang pula sebanyak tiga kematian; Sarawak, dua kematian; dan Perak serta Sabah, masing-masing satu kematian.

 

Seterusnya, sebanyak 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia