Ibu bapa, rajin-rajinlah menuntut ilmu mendidik anak

“Kita tidak mahu kitaran ganas terus menerus berkitar kerana kedaifan ibu bapa,” kata Puan Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, konsultan psikologi klinikal di Hospital Pakar An Nur dalam Seminar Kekeluargaan bertajuk ‘Kesejahteraan Mental Anak-anak Kini: Terbela atau Terabai?’ 

Dalam seminar yang berlangsung di Surau Al-Mukmin, Mutiara Gombak pada Ahad, 10 April 2016 yang lalu, beliau berkongsi tentang perkembangan otak dan stres yang membawa kepada masalah kesihatan mental anak-anak ‘Digital Generation’, cara ibu bapa mendidik mereka dan perkembangan pesat dunia Internet mengesani kehidupan mereka.

Menurutnya, proses perkembangan otak bergantung kepada rangsangan dan pengalaman yang diterimanya semasa zaman kanak-kanak dan remaja.

“Persekitaran sosial yang tidak sihat dan negatif mempengaruhi bagaimana otak berkembang dan merencatkan perkembangannya,” jelasnya.

Tambahnya, perkembangan dan penggunaan bahasa oleh ibu bapa turut mempengaruhi perkembangan otak anak-anak.
Kajian menunjukkan mereka yang mengalami penderaan emosi (ejekan, maki hamun, cercaan, penghinaan), menyaksikan keganasan rumahtangga, penderaan dan pengabaian berterusan mempunyai salah satu bahagian otak, corpus collosum yang tidak berkembang dengan baik (underdeveloped connection).

“Mereka menunjukkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kemurungan, kerisauan, marah, dendam, permusuhan, penyalahgunaan dadah, ketagihan, memencilkan diri, dan lain-lain,” kata Azlina lagi.

Selain beliau, turut dijemput dalam seminar tersebut ialah Puan Rosmawati Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Raudhatus Sakinah yang telah berkongsi kesan melahirkan anak- anak yang bermasalah dan terlibat dalam aktiviti gejala sosial dan menyarankan agar ibu bapa mendidik anak-anak mereka sesuai dengan zamannya.

Seminar anjuran bersama Wanita IKRAM Gombak dan Surau Al-Mukmin ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Surau, Hj Mohamed Asri Jaafar dan turut hadir menyampaikan ucapan aluan YDP IKRAM Gombak, Hj Md Noor Omar.

Dihadiri kira-kira 53 peserta dewasa berserta anak-anak berusia lima hingga 12 tahun yang mengikuti program berasingan, seminar ini turut diserikan dengan persembahan sajak oleh anak-anak IKRAM Junior Gombak yang bertajuk ‘Ibu Ayah Hadiahkan kami Kesolehanmu’ yang menarik perhatian hadirin.

Sumber: Wanita IKRAM Gombak

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia