Ibu bapa pencorak kehidupan anak

Program yang dianjurkan oleh tiga badan ini mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada para ibu bapa muda dan juga para pengusaha taska serta guru-gurunya. Bengkel ini menampilkan Puan Azlina Roszy Mohammad Ghaffar (foto), seorang psikologis klinikal daripada Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Beliau telah menyatakan dalam pendahuluan sesi perbincangannya berkaitan hadis Nabi SAW bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi. Oleh itu, kedua ibu bapa itulah yang mencorakkan kehidupan seseorang anak dan juga suasana sekelilingnya.

Pendekatan yang dibawa oleh Puan Azlina banyak berkisar di sekitar prinsip ini. Beliau telah memberikan bimbingan dalam bentuk penekanan terhadap sikap ibu bapa terhadap anaknya.

Satu contoh yang beliau bawakan tentang kes yang beliau kendalikan di mana seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang tidak lagi berminat pergi ke sekolah. Beliau menceritakan bahawa anak tersebut telah dibawa kepada pakar, dan mendapati bahawa anak tersebut mempunyai IQ yang lebih berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Selain dari itu, anak ini juga berjaya mempelajari bahasa Sepanyol melalui Youtube.

Tambah Puan Azlina, disebabkan kelebihan kanak-kanak tersebut yang mempelajari bermacam-macam melalui Internet, beliau tidak lagi berminat dengan kelas-kelas di sekolah kerana guru mengajar perkara yang sudah diketahuinya.

Menurut beliau, generasi terkini merupakan generasi alpha iaitu satu generasi yang sangat terdedah kepada Internet.

“Mereka ini lahir sahaja, dunia telah mengenalinya,” katanya.

Beliau juga banyak mengingatkan ibu bapa yang hadir tentang kesan mendedahkan anak-anak kepada Internet, iPad, dan yang seumpama dengannya pada peringkat umur yang terlalu awal.

Sumber: Bengkel Interaktif Kanak-kanak (Siri 2)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia