i-Citra boleh dimohon hari ini

SERI KEMBANGAN – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad memaklumkan, permohonan i-Citra boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my mulai hari ini.

 

“Ahli dinasihatkan memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP) serta mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan EPF Media Desk, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP semalam.

Ahli KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula hari ini iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

“Melalui i-Citra, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.”

Justeru, jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara berperingkat sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

“Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula bulan depan,” menurut kenyataan itu.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia merupakan inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli boleh merujuk saluran komunikasi rasmi KWSP, laman webnya di www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia