i-Bantu sedia tabung khas bantu barisan hadapan di Sabah

Tabung ini bertujuan menyediakan peralatan seperti Powered Air Purifying Respirator (PAPR) dan Personal Protective Equipment (PPE) untuk barisan hadapan dan ia turut mendapat Kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

 

Menurut wakil i-Bantu Sabah, Mohamad Hafiz Mukhsam, PAPR ini akan membantu petugas barisan hadapan mengendalikan pesakit yang berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penyebaran COVID-19 di ICU.

 

“Manakala PPE pula bagi kegunaan pengesanan COVID-19 di lapangan seperti klinik kesihatan.”

 

Sehingga kini, projek ini telah menyediakan sebanyak lima unit kipas kepada Klinik Kesihatan Semporna pada 9 Oktober, dua unit PAPR kepada Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober dan juga dua unit PAPR kepada Hospital Daerah Semporna pada 16 Oktober lalu.

 

“Terima kasih kepada semua penyumbang tabung barisan hadapan di Sabah.”

 

Kata Hafiz lagi, pihaknya mensasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM100,000 untuk menyediakan PAPR dan RM200,000 untuk menyediakan PPE.

 

Mereka yang berminat untuk menyumbang, sila klik https://www.billplz.com/frontlinersabah dengan rujukan PPE SABAH atau PAPR SABAH (diletakkan di sebelah nama penyumbang).

 

Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA (Maybank 562142404402) dengan rujukan PPE SABAH atau PAPR SABAH dengan e-mel [email protected].

 

“Sumbangan anda amat kami hargai dan amat bermakna buat pejuang barisan hadapan kita.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia