Menurut Ketua Operasi i-Bantu Pahang, Dr. Mohd Nazli Kamarulzaman, hujan lebat berterusan sejak semalam telah meningkatkan aras air Sungai Lembing dan Kuantan serta menyebabkan berlakunya banjir dan beberapa kawasan lain turut berisiko dilanda banjir.
Pusat Operasi i-Bantu IKRAM Pahang bertempat di B76, Tingkat 1, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota di sini.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila rujuk kepada wakil-wakil i-Bantu Pahang seperti berikut:
Ketua Operasi – Dr Nazli (011-10716089)
Penyelaras Pusat Operasi – Haji Samsudin (019-9892180)
Mohd Najib (012-3530638)
Dr Fitri (017-9569055)
Terdahulu, bantuan segera berupa makanan asas dan kelengkapan turut disampaikan Dr Nazli semalam kepada wakil pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Padang dan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS).
Selain itu, i-Bantu Pahang juga telah melancarkan Tabung Bencana Banjir Pahang 2018 untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu dari segi bantuan makanan, kelengkapan harian serta kos kerja-kerja pembersihan dan pencucian pasca banjir.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia (Bencana) 5560 1106 5042 dengan rujukan “Banjir Pahang 2018”. Bukti pembayaran boleh dimaklumkan kepada Bendahari IKRAM Pahang, Pn Nur Hafizah di talian 013-3920706.
Selain itu, mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan bantuan banjir di Pahang, bolehlah mendaftar ke pautan http://bit.ly/reg-ibantu2018 selewat-selewatnya pada Jumaat ini, jam 11.00 pagi untuk memudahkan urusan insurans keselamatan ketika menjalankan tugas.
Kredit foto: The Malay Mail Online