i-Bantu hantar bantuan awal, gerakkan sukarelawan

“Kita telah pun menggerakkan sukarelawan dari negeri-negeri berhampiran termasuk sehingga Selangor untuk melakukan kerja-kerja bantuan pasca banjir dan mengagihkan keperluan harian mangsa-mangsa banjir,” kata Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Ainullotfi Abdul Latif.

Jelasnya, Timbalan Pengerusi i-Bantu dan Pengarah Disaster and Emergency Response Unit (DERU) sudah berangkat ke Pulau Pinang bersama pasukan i-Bantu Pusat pada tengah malam tadi untuk membawa bantuan dan meninjau keperluan bantuan bencana dan pasca-bencana di sana.

“Sekiranya ada keperluan lagi, sumber tambahan akan disalurkan untuk mereka yang memerlukan.”

Sementara itu, i-Bantu turut melancarkan Tabung Bantuan Bencana IKRAM untuk mangsa-mangsa banjir.

“Jenis bantuan yang diberikan ialah bahan makanan asas, air mineral, pek penjagaan diri, keperluan istirehat serta lampin pakai buang dan tuala wanita,” kata Pengarah DERU i-Bantu, Mahmud Ibrahim.

Mahmud juga merayu orang ramai agar menyumbang melalui tabung supaya lebih ramai lagi mangsa banjir dapat dibantu.

“Insya-Allah, seperti dalam bencana-bencana yang lepas, kami sentiasa telus dan bersungguh-sungguh dalam usaha membantu mangsa bencana.”

“Sumbangan akan kami serahkan kepada mangsa bencana secara optimum, sama ada dalam bentuk bantuan makanan, barangan atau kewangan,” jelasnya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5621 4240 5154 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA atau akaun Bank Islam 1211 30100 499 59 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA – KHIDMAT MASYARAKAT.

Sumbangan juga boleh dilakukan secara atas talian di pautan www.i-bantu.org.my/reg/. Sila e-mel rekod sumbangan ke [email protected] atau kirimkan salinan slip sumbangan melalui WhatsApp atau Telegram kepada +6017 276 6384 atau +6011 6050 1137.

Perkembangan terkini usaha-usaha bantuan bencana ini boleh didapati dengan melayari laman facebook Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat i-Bantu di talian  +603 4101 2080 atau melayari laman web http://ibantu.ikram.org.my.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia