i-Bantu bantu penoreh getah Baling

Sumbangan berupa pek makanan ini turut disertai oleh Yang Dipertua IKRAM Baling, Ustaz Mohd Rozi Abu serta beberapa orang aktivis dan sukarelawan i-Bantu pada Jumaat, 4 November lalu.

Pasukan i-Bantu turut berkunjung ke ‘rumah’ keluarga ibu bapa muda yang berusia awal 20-an yang dibina dalam rezab hutan yang diteroka ayahnya.

“Walaupun sukar tanpa bekalan elektrik, air bersih dan lain-lain, tapi itu sahajalah yang terbaik mampu mereka lakukan menjalani kehidupan sebagai seorang penoreh di sini,” kata Rusmidin Ahmad, aktivis i-Bantu mengenangkan nasib penoreh getah yang kini sedang menghadapi musim hujan.

  

Rumah terakhir yang sempat sempat dikunjungi i-Bantu ialah rumah seorang ibu tunggal lima orang anak yang baru kematian suami.

“Dimaklumkan suaminya telah lama menghidap penyakit empat serangkai mengakibatkan tiga orang anaknya tidak dapat bersekolah,” jelas Rusmidin.

Untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, si ibu kini menjual kuih dan anak lelakinya kini yang berusia 17 tahun (tidak bersekolah) sekadar bekerja sebagai pelayan restoran.

Walaupun kesemuanya tersenyum lebar menerima sedikit sumbangan ini, pastinya mereka perlu memikirkan untuk hari esok, lusa dan yang akan datang dengan kehidupan yang semakin mencabar dan menekan.

Bertindak sebagai NGO yang mempunyai dana yang terbatas hasil sumbangan ahli orang ramai, IKRAM Baling berharap para pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat supaya cakna serta mengambil peduli masalah dan keperitan rakyat bawahan supaya nasib mereka terbela.

Lagi foto sumbangan: http://bit.ly/2fEy9n0

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia