“Semua golongan yang berhak akan memperolehi santunan daripada i-Bantu dan dengan demikian, kita dapat meringankan bencana yang jatuh kepada mereka semua,” jelasnya.
Belia turut menyeru supaya sukarelawan juga perlu memaklumkan kepada mangsa-mangsa tersebut bahawa bantuan IKRAM melalui i-Bantu akan berterusan berdasarkan tiga gelombang yang lahir daripada banjir iaitu semasa banjir, sesudah banjir dan pembangunan kembali kehidupan mangsa banjir.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya meneruskan sifat serta sikap prihatin, sikap pemurah, menghantar dan mengirim apa-apa saja yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
“Dengan demikian, insyaa-Allah, akan membolehkan mangsa-mangsa banjir membangunkan semula kehidupan mereka dan mereka akan dapat mengatasi masalah2 yg mereka hadapi daripada banjir ini,” katanya.
Dr Parid juga berharap kepada mangsa banjir supaya mereka bersabar dan jangan berputus asa dengan ujian yang menimpa mereka.
“Insyaa-Allah rakyat Malaysia ni, kalau kita lihat daripada perjalanan kami, mereka masih lagi merupakan rakyat yang peka, ramai golongan yang peka yang akan turun membantu, untuk mengatasi, meringankan bencana yang telah menimpa mangsa-mangsa banjir tersebut,” tambahnya.
Dr Parid yang telah melawat Kelantan pada 1-2 Januari lalu telah melihat keadaan yang berlaku dan kesan bencana banjir yang telah menimpa negeri tersebut serta meninjau operasi i-Bantu Kelantan menyalurkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir.
Turut mengiringi beliau Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif yang juga Pengarah i-Bantu Nasional dan juga wakil MyCARE, Sdr Abdul Hafidz Hashim.
Sumber: http://bit.ly/1zSRphi