Hukuman terhadap Umar tidak halang kebebasan berfikir mahasiswa – IKRAM Selangor

Pada 23 April 2012 Umar Muhammad Azmi (Umar), seorang mahasiswa, telah didakwa dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang dengan sengaja menghalang mana-mana penjawat awam dalam melaksanakan fungsi sebagai penjawat awam, hendaklah dihukum dengan penjara untuk tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya sekali”.

Umar didakwa di Mahkamah kerana menghalang penjawat awam daripada meneruskan misi beliau, ketika serbuan pihak DBKL bagi menghalang protes ‘Occupy Dataran’ bertujuan membantah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dirasakannya tidak adil.

Mahkamah Majistret pada tarikh tersebut telah merekodkan pengakuan tidak bersalah Umar dan telah menetapkan tarikh perbicaraan pada 30 Julai 2012.

Seramai tujuh orang saksi telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan pihak Pembelaan pula telah memanggil 4 orang saksi termasuk Umar sendiri. Pada 21 Disember 2012 Majistret Tuan Zaki Asyraf Zubir telah mendapati dan memutuskan Umar Muhammad Azmi bersalah di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda sebanyak RM1,000.00. Pada tarikh 24 Disember 2012 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan hukuman penjara sehinggalah rayuan pihak pembelaan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Negeri Selangor sebagai sebuah NGO dakwah, kebajikan dan tarbiyah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah memutuskan berdasarkan keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti daripada pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa Umar didapati bersalah di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Walaubagaimanapun, IKRAM Negeri Selangor yang mempunyai visi dan misi untuk memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial tanpa mengira bangsa dan agama menghargai idealisme, daya intelek dan semangat juang yang dimiliki oleh Umar. IKRAM Negeri Selangor percaya bahawa tindakannya untuk berhimpun di Dataran Merdeka secara aman adalah untuk tujuan menzahirkan dan melahirkan pandangannya terhadap sistem demokrasi di Negara kita. Hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadap beliau merupakan harga yang beliau terpaksa bayar bagi menzahirkan dan/atau melahirkan pandangan beliau.

Sehubungan dengan itu, IKRAM Negeri Selangor menyeru dan mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama memelihara kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Begitu juga kebebasan menyatakan bantahan, teguran serta kritikan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada pihak pemerintah, sewajarnya dibenarkan selagi mana ia selaras dengan kehendak undang-undang dan amalan masyarakat madani.

IKRAM Negeri Selangor juga tidak yakin bahawa hukuman yang dijatuhkan sedemikian rupa mampu terus menghalang kebebasan berfikir dan bersuara ratusan ribu para mahasiswa yang lain.

IKRAM Negeri Selangor akan terus mendidik masyarakat menjadi golongan baik (Abrar) dan pada waktu yang sama mereka menjadi golongan yang bebas merdeka (Ahrar).

Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus

Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia