Hira’ lahirkan perintis muda sains

Pengetua Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) dan Maahad Tahfiz al-Quran Hira’ (MTQH), Tn Bat Kamaruzaman Abdul Kadir berkata, dua lagi kumpulan perintis muda sekolah yang turut menyertai program ini pada akhir tahun lalu ialah Ibnu Sina dan Umar al-Khattab. 

“Pada tahun ini pula, sekolah telah menghantar adik Muhaimin bin Ramlan, satu-satunya peserta Young Innovators anjuran Sime Darby Berhad dan beliau telah meraih tempat kedua,” jelasnya semasa ucapan pada Hari Anugerah Gemilang (HAG) 2016 bagi SMIH dan MTQH (SMITQH) di Dataran Hira’ pada Ahad, 3 April yang lalu.

HAG SMITQH 2016 telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdullah Hj Ramli, Penolong Pengarah Bahagian Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Negeri Selangor merupakan program tahunan dua sekolah tersebut yang diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam pelbagai aspek pada tahun 2015. 

“Pihak sekolah telah berusaha menyediakan segala kelengkapan ilmu akademik, ko-kurikulum bagi mengimbangi sahsiah pelajar sebagai persediaan mereka untuk berada dan menghadapi medan jihad sebenar kehidupan mereka kelak sesuai dengan tema HAG 2016 iaitu Pendidikan Holistik Tunjang Kegemilangan Ummah,” demikian ucap beliau lagi.

    

Persembahan pelajar, anugerah kecemerlangan dan pameran sains & inovasi semasa HAG 2016

Menurutnya dalam aspek pendidikan, Hira’ telah banyak melibatkan pelajar-pelajar aktif dalam segala aktiviti yang diadakan samada SMIH atau MTQH.

“HAG adalah satu program yang sangat ditunggu-tunggu oleh ibu bapa serta pelajar-pelajar yang diraikan khususnya.”

Bat Kamaruzaman berkata, kejayaan seseorang pelajar merupakan hasil gembleng tenaga dan kerjasama daripada semua pihak iaitu pelajar, ibu bapa, guru-guru dan seluruh warga Hira’.

Tambahnya, bagi pertandingan Perkhemahan Nasional Di Udara KRS 2016 pula, pihak sekolah telah berjaya memperolehi johan Kem Kraf kategori Syabab dan tempat ketiga bagi Kawad Kaki manakala bagi pertandingan Basic Self Defence (BaSeD), Hira’ telah berjaya meraih tempat kedua kategori Fatayat.

Antara penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan ialah program Karnival MAPPIS anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Karnival Majlis Guru-Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) anjuran IKRAM MUSLEH, Debat Antarabangsa Singapura dan Debat Sekolah-Sekolah anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Di peringkat sukan daerah pula, pelajar-pelajar kita telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka dan telah terpilih mewakili daerah Kuala Selangor bagi acara ping pong, merentas desa dan bola Jaring,” ujarnya.

Sepanjang program HAG ini berlangsung, turut diadakan pameran sains dan inovasi untuk para pengunjung yang hadir.

Terkini katanya, sepanjang minggu lalu, pihak sekolah telah terlibat dalam Sukan Tahfiz Daerah Kuala Selangor di mana bagi kategori Banin, Hira’ telah mendapat johan bagi acara ping pong dan tempat ketiga acara badminton.

Sementara itu, bagi kategori Banat pula, Hira’ turut meraih johan dalam acara bola jaring, ping pong dan memanah jarak 15 meter serta naib johan bagi acara badminton.

FB: SMI Hira’

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia