“Sebagaimana diketahui, penyakit tiga serangkai ini sering dikaitkan dengan diabetes mellitus iaitu gula yang tinggi, hypertension iaitu berkaitan tekanan darah tinggi dan dyslipidaemia berkaitan kolestrol.”
Beliau yang berkelulusan sarjana muda perubatan dari National University of Ireland, Galway pada 2007 turut menerangkan bagaimana penyakit tiga serangkai ini terjadi kepada seseorang.
“Faktor kebiasaan terjadinya penyakit tiga serangkai ini sering dikaitkan dengan cara hidup, persekitaran dan pemakanan,” kata beliau.
Dr Sazrina berkata, tiga penyakit ini membuatkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular (jantung).
“Tujuan penyakit-penyakit ini dirawat adalah untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular.”
Beliau yang bertugas sebagai pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak menerangkan bahawa kebanyakan mereka yang menghidapi diabetes mellitus, hypertension dan dyslipidaemia ini, yang mana akhirnya mereka meninggal dunia adalah disebabkan serangan jantung atau kegagalan jantung.
“Penyakit kardiovaskular adalah punca kematian yang paling tinggi di Malaysia bagi perempuan dan lelaki,” ujar Dr Sazrina lagi.
Dalam ceramah tersebut, Dr Sazrina turut mengetengahkan bahawa seseorang pesakit paling tidak menghidapi satu penyakit sebagaimana data yang dibacakan iaitu darah tinggi 65%, kolestrol dan diabetes 37%.
“Kenapa ada dua orang yang sama makan nasi sama banyak, seorang besar dan seorang kecil?” soalnya kepada audien.
Sehubungan dengan itu, beliau menerangkan bahawa kadar metabolisme adalah ditentukan genetik.
“Pada masa yang sama kita boleh meningkatkan metabolisme dengan cara lebih banyak bergerak, lebihkan fibre (serat) dan air kosong.”
Sebelum sesi ceramah berakhir pelbagai soalan kesihatan diajukan kepada Dr Sazrina yang mana menunjukkan betapa kakitangan Ibu Pejabat IKRAM sangat peka dan peduli terhadap kesihatan mereka.
Ceramah Kesihatan sempena kempen i-FIT ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, memupuk amalan pemakanan sihat serta membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin hidup seharian.