Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin 2 Mac ini

Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin 2 Mac ini | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin bakal dianjurkan pada 2 Mac 2024 di Masjid Tabung Haji dengan jangkaan penyertaan daripada ribuan rakyat Malaysia. 

Perhimpunan besar-besaran ini dibuat bagi menunjukkan protes terhadap Israel atas kekejamannya terhadap penduduk Palestin yang sudah berlarutan sejak 7 Oktober tahun lalu.

Sehubungan itu, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mengumumkan penganjuran jelajah solidariti Palestin ke seluruh negara sepanjang bulan Februari ini bagi mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, kaum, agama dan bangsa untuk menyertai himpunan ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga jurucakap SSP menyatakan bahawa rakyat Malaysia harus kehadapan untuk menyuarakan pandangan terhadap isu Palestin sebagai isu kemanusiaan dan keadilan sejagat.

“Kami menyeru agar rakyat dan kerajaan menyemarakkan kesedaran dan kepedulian terhadap perjuangan mengembalikan hak kedaulatan dan kemerdekaan Palestin,” katanya ketika sesi sidang media di Petaling Jaya pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu universal merentas semua kelompok yang mendukung kebenaran dan keadilan.

Tema yang diangkat bagi perhimpunan ini adalah “Hentikan Genosid!” dan “Gencatan Senjata Sekarang!”.

Azmi, menjelaskan tema ini dipilih bagi mendesak penguatkuasaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel. 

“ICJ telah membuat satu pendirian yang jelas, iaitu hentikan pembunuhan tetapi pihak Israel dan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang kononnya mempromosikan keamanan sejagat, tidak mematuhi undang-undang.”

Beliau menegaskan, keadaan ini tidak boleh dibiarkan sehingga Israel bermaharajalela membuat jenayah. Justeru, beliau menyatakan situasi telah menjadi terdesak dan desakan ini penting sebagai menunjukkan solidariti seluruh rakyat Malaysia melalui pendirian yang tegas. 

“Kita mesti bertindak, seru dalam perhimpunan.”

Tambahnya, perbezaan harus diraikan, tetapi masyarakat harus menunjukkan kesatuan dalam isu yang memerlukan pendirian yang tegas.

SSP mengajak seluruh rakyat daripada semua latar belakang untuk turun berhimpun dan menjadikan himpunan rakyat ini satu sukses sebagai memenuhi tanggungjawab keprihatinan dalam isu kemanusiaan dan keadilan. 

Turut hadir dalam sidang media itu jurucakap SSP Tian Chua, pemimpin Parti Amanah Negara Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Setiausaha Agung IKRAM Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia