Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati 2012 sasar penyertaan 2,000 remaja, belia

Objektif utama program ini adalah untuk menghimpunkan peserta-peserta program Anda Bijak Jauhi Zina yang dilaksanakan oleh unit pencegahan Raudhatus Sakinah iaitu Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy bermula tahun 2009 sehingga kini. Tahun ini merupakan kali ke-3 penganjurannya, bertujuan memberi alternative kepada remaja belia menyambut tahun baru secara sihat dan penuh dengan input yang membangunkan rohani.

Penganjur utama Program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati pada tahun ini adalah Raudhatus Sakinah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala penganjur bersama yang menjayakan program ini adalah Kumpulan Media Karangkraf, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Felcra Training & Consultancy (FTC).

Rakan kerjasama terdiri daripada Yayasan Ihtimam, Yayasan Wiba Prima, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC) dan R.Y.D. Training & Event Consultant. Media rasmi bagi program ini adalah akhbar Sinar Harian dan Majalah I.

Program 2 hari 1 malam yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini mensasarkan 2,000 remaja belia yang bakal berkumpul bermula jam 3.00 petang 31 Disember 2012 dan bersurai pada jam 1.00 tengahari 1 Januari 2013. Para peserta dan fasilitator bakal disajikan dengan slot-slot menarik seperti hiburan yang mendidik jiwa daripada kumpulan anak muda Edcoustic, In-Team, UNIC dan Hafiz Hamidun.

Dalam masa yang sama, sebuah bual bicara di bawah Majalah I yang dinamakan Bicara Cinta Anak Muda akan membariskan panel-panel ternama bagi memberi pengisian yang menarik minat peserta. Antara panel yang menyahut untuk bersama kami adalah Wardina Safiyyah, Heliza Helmi dan Ustaz Mohd Nor Mamat. Bicara Cinta Anak Muda yang diberi tajuk ‘Destinasi Cinta’ akan dimudah cara oleh Saudara Fedtri Yahya.

Menjelang jam 12.00 tengah malam, satu laungan ikrar akan dibacakan oleh peserta bagi menzahirkan mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina dan berupaya menjaga jati diri bukan sahaja bersempena sambutan tahun baru masihi bahkan juga sehingga hari-hari yang mendatang.

Pada keesokan paginya, para peserta akan menghidupkan malam dengan berqiyamullail dipimpin oleh Imam Muda Najdi. Seterusnya para peserta akan menunaikan solat dhuha dipimpin oleh Imam Muda Hassan dalam slot yang dinamakan Sinaran Dhuha yang akan mengangkat jiwa-jiwa muda ini menjadi kental dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Majlis penutup akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustapha.

Saban tahun Raudhatus Sakinah menerima begitu ramai remaja-remaja perempuan yang hilang arah kehidupan disebabkan terjerumus ke dalam kancah permasalahan sosial. Kami yakin remaja-remaja ini, jika diberi peluang untuk berubah pastinya mereka memilih untuk menjadi anak dan anggota masyarakat yang baik.

Bimbingan bukan sahaja untuk mereka bangkit semula bahkan bimbingan juga perlu dilaksanakan kepada semua remaja dan belia agar mereka sedar tentang kepentingan menjaga maruah diri dan berusaha menjauhkan diri daripada persekitaran yang tidak membina kehidupan yang baik.

Dengan tema program tahun ini ‘Jiwa Kuat Generasi Hebat’, kami memberi fokus terhadap pembinaan jiwa remaja dan belia yang kuat melalui pengisian-pengisian yang membentuk rohani yang mantap dan jitu. Dengan itu, mereka diharapkan menjadi generasi masa depan yang hebat bukan sekadar akademik dan intelektual bahkan akhlak dan rohaninya.


Disediakan oleh


ABDULLAH OMAR MUHAMAD FUAD

PENGARAH HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI


Gambar utama dari kiri: Pengurus Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS, Hafizatul Akmal Abd Jalil, Editor Pengurusan Majalah I, Ahmad Yani Abd Manaf; Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob; Pengarah Program, Abdullah Omar Muhamad Fuad; Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah, Puan Rosmawati Zainal dan Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Abd Rahman Awang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia