Hikmah Lalat: Di Sebalik Kekurangan, Ada Kelebihan

Hikmah Lalat: Di Sebalik Kekurangan, Ada Kelebihan | IKRAM

Sekecil-kecil haiwan seperti lalat pun mempunyai kelebihannya. 

Umum mengetahui bahawa lalat itu sekecil-kecil haiwan yang kotor disebabkan ia hinggap di bangkai haiwan yang mati, sisa-sisa makanan yang terbuang dan tong sampah yang berbau busuk.  

Apabila makanan atau minuman kita dihinggapi lalat, pasti kita akan teragak-agak untuk tidak makan makanan dan minum minuman tersebut disebabkan oleh kotoran yang dibawa oleh lalat.  

Apabila sebut saja perkataan ‘lalat’, pasti kita akan menunjukkan reaksi yang jijik, tidak suka dan menganggapnya kotor disebabkan sifat lalat itu sendiri yang suka hinggap di kawasan yang kotor dan  busuk seperti tong sampah. 

Sememangnya lalat itu bersifat kotor kerana mampu membawa dan menyebarkan kuman kepada  manusia itu sendiri disebabkan ia memakan bangkai haiwan dan sisa-sisa makanan yang terbuang.  Banyak penyakit berpunca daripada bawaan lalat seperti cirit birit, kolera dan lain-lain.  

Tetapi di sebalik kemudaratan (kelemahan) lalat, sebenarnya terselitnya manfaat (kelebihan). Tuhan tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap kekurangan pasti terselitnya kelebihan yang ada pada sesuatu perkara.  

Buktinya ialah lalat. Apa yang Rasulullah SAW sarankan sekiranya lalat hinggap atau jatuh ke dalam minuman?  

Rasulullah SAW ajarkan kepada kita apabila lalat jatuh ke dalam minuman, kita disarankan untuk mencelup lalat tersebut ke dalam minuman tersebut. 

Mengapa Rasulullah SAW berkata sedemikian? Baginda SAW menjelaskan:

“Apabila lalat masuk ke dalam minuman seorang daripada kamu, maka tenggelamkan lalat itu.  Kemudian, buanglah ia, kerana pada sebelah sayapnya mengandungi racun, manakala pada sebelah sayap lain mengandungi penawar.”  (Hadis Riwayat Bukhari, 3320) 

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas lalat juga membuktikan bahawa kata-kata Rasulullah SAW  adalah benar. Kajian mendapati permukaan badan lalat mengandungi antibiotik yang dapat mengubati banyak penyakit.

Para saintis menjelaskan lagi bahawa cara terbaik bagi mendapatkan zat  antibiotik yang terdapat pada lalat adalah dengan cara mencelupkan lalat ke dalam air kerana zat antibiotik itu terdapat pada permukaan luar badan dan sayap lalat. 

Jelaslah bahawa kotor itu tidak semestinya tidak memberi manfaat. Bukti yang jelas terdapat pada seekor lalat. Sekecil-kecil lalat yang kotor dan dianggap menjijikkan pun mempunyai manfaat. 

Jika lalat yang kotor pun mempunyai manfaatnya yang tersendiri, sudah pasti manusia yang Tuhan ciptakan sebagai sebaik-baik kejadian terdapat kelebihannya masing-masing. 

Bukti manusia itu adalah sebaik-baik kejadian terdapat dalam surah at-Tiin, ayat 4 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”

Jika kita merasakan kita mempunyai kelemahan, sentiasa yakin dan percayalah bahawa di sebalik kelemahan kita, pasti terselitnya kelebihan.

Apa yang penting ialah, kita jangan sesekali fokus kepada kelemahan kita, tetapi fokuskan kepada kelebihan yang kita ada. Di situlah sumber kekuatan kita sebenarnya. 

Nabilah Abd Rahman

Rujukan: 

Hadis berkenaan keajaiban lalat (ms 112-118), Hadis-Hadis Sains (Fakta dan bukti Ilmiah dalam Hadis Nabi Muhammad SAW, karya Abdul Syukur al-Azizi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia