Hijrah Ke Arah Yang Lebih Baik

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain.

Dan orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikit pun untuk membela mereka sehinggalah mereka berhijrah.

Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam urusan agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian dengan kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Anfal: 72)

Sambutan Maal Hijrah yang disambut setiap tahun hakikatnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan kepada kedudukannya di tengah-tengah masyarakat dunia.

Dengan melakukan hijrah yang bersifat menyeluruh dan terbaik, ia mampu melepaskan seseorang itu daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

Ia bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Mencakupi makna yang luas meliputi segenap aspek kehidupan bagi mencapai maksud perubahan dari satu tahap ke tahap yang lebih baik, itulah yang boleh ditafsirkan dengan kalimah ‘hijrah’.

Menelusuri sirah Rasulullah SAW, hijrah baginda bersama para sahabatnya menjadi anjakan yang signifikan dalam membawa perubahan masyarakat sehingga tertegaknya negara Madinah dan perlembagaannya yang membolehkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama dijayakan.

Marilah sama-sama kita berusaha mempertingkatkan kehidupan pada tahun 1439 Hijrah ini agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya, seterusnya menjadikan kita insan yang beriman dan bertakwa dan sentiasa menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.

Di kesempatan ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mendoakan agar Maal Hijrah 1439H ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia dalam menjadikan Malaysia Negara Rahmah, bersesuaian dengan tema ‘Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara’.

Dengan ini, IKRAM mengajak kita semua agar:

  1. Melakukan perubahan dengan memperbaiki diri seterusnya meningkatkan amal soleh serta menyebarkan kebaikan kepada keluarga, masyarakat, persekitaran dan negara.
  2. Sebagai hamba kepada Pencipta, pemimpin pada keluarga, masyarakat, daerah, negeri mahupun negara perlulah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT serta melaksanakan setiap amanah yang diberikan dengan jujur, ikhlas serta penuh integriti.
  3. Berazamlah membangunkan negara ke arah yang lebih baik, rahmah dan harmoni serta mendapat keampunan Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam al-Quran sebagai “baldatun tayyibatun warabbun ghafuur”.

Marilah kita lakukan perubahan dalam negara ini agar wujud pemerintahan yang terdiri daripada pemimpin yang adil, yang menjunjung perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, memastikan tadbir urus yang baik serta menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama.

“Salam Maal Hijrah 1439H”

Dr. Hj. Mohd. Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia