Hi-Tea Sehati Sejiwa dekati pengikut facebook Wanita IKRAM

Dihadiri hampir 100 orang peserta, majlis ini bertujuan untuk mengenali ‘followers facebook’ Wanita IKRAM Malaysia dengan lebih dekat bagi membina ikatan persaudaraan yang lebih rapat di samping mengetengahkan ikon-ikon Wanita IKRAM kepada masyarakat.

Dalam usaha untuk menjalankan dakwah melalui konsep ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’, Wanita IKRAM berharap ia mampu menjadi pertubuhan NGO wanita yang menerapkan nilai-nilai kualiti, integrasi dan juga intelek.

    

Ucapan aluan, ucaptama dan pelancaran Hi-Tea

Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Dr Hafidzah Mustakim selaku Timbalan Ketua Wanita IKRAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media Wanita Pusat.

Ketua Wanita IKRAM Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim telah menyampaikan ucaptama beliau dengan berkongsi kepada para hadirin yang hadir mengenai institusi Wanita IKRAM dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Wanita IKRAM selaku sayap Pertubuhan IKRAM Malaysia.

    

Kupasan panelis forum Dr Harlina, Pn Sazira dan persembahan Farah Asyikin

Forum santai yang bertajuk ‘Wanita & Merdeka’ telah dibarisi oleh panelis yang hebat iaitu Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, peguam Puan Sazira Abdul Aziz dan selebriti Farah Asyikin Zulkifli manakala Puan Nazihah Mohd Rashid adalah selaku moderator bagi forum ini.

Perkongsian yang penuh informatif mengenai erti kemerdekaan yang sebenar dari sudut Islam, dari sudut wanita Muslimah bahkan juga dari sudut undang-undang telah dikupas dengan begitu menarik oleh barisan panelis.

Sebelum majlis berakhir, gimik perasmian Sehati Sejiwa yang penuh kejutan telah dilancarkan dan persembahan nyanyian secara langsung oleh Farah Asyikin, begitu memberi makna dan cukup istimewa.

Sumber & foto:
1. http://on.fb.me/1KvtVnD
2. http://on.fb.me/1QVra4c
3. http://on.fb.me/1LJDjF1

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia